Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 9 July 2012

Segmen Makan: Restoran Wau

Assalamualaikum



Siapa yang suka makan sila angguk kepala please.
Haa. Segmen makan ni segmen baru kot. Terfikir idea ni masa tengah mandi 
Macam yang sudah sedia maklum, aku bukan jenis yang suka mengabdikan diri untuk shopping.
Sebab tu aku pantang ada duit dalam poket sikit, perangai aku akan ke kedai-kedai makan. Makan ialah aktiviti paling heaven aku rasa instead of shopping. Even parents aku pun takleh nak marah. Sebab kalau duit aku habis, semua kerja perut aku -_-.

Masa tengah surrvey-survey tempat untuk having breakfast dengan kawan aku,Shiera,
kitorang terparking pulak kereta depan Restoran Wau.
Dia punya banner pun agak islamic sikit + modern. Awesome sangat :D

2 cawan sahabat baik :p
sirap laici + pure laici

Ni breakfast aku.
Roti bakar+mushroom soup
Hiasan: 7/10
rasa: 5/10
harga: okey :)

Shiera punya breakfast
sandwich
Hiasan: 7/10
rasa: 7/10
harga: okey :)

shiera :)

sila abaikan muka aku yang sedikit jakun di situ -,-

So far masa melangkah masuk tu, kitorang dah kagum dah dengan hiasan dalaman dia.
Tapi bila dah duduk, yang membuatkan kitorang tak selesa is bila pekerja-pekerja diorang tengok kitorang macam baru first time tengok orang. Memang tak suka. Takde kedamaian nak makan u olls. Tapi, apa yang boleh kitorang simpulkan ialah, restoran ni not bad lah. Sebab selalu, penuh dan sesak setiap hari. Cuma masa kitorang pergi tu tak berapa busy sebab pagi lagi kot. :p

Oh ya, restoran ni dekat dengan Hotel Grand Riverview. :)
Nak kasi tau alamat, tak pulak amek hari tu. Korang cuba-cuba pusing yer. Yang penting, dekat dengan Farmasi Rimadex. Hihi. *tak membantu langsung -_-

till then, babai <3

Saturday, 7 July 2012

Bercakap tentang masa depan.

Assalamualaikum

"Nor, agak-agak siapa jodoh aku?"
"Entahla. Jodoh kan rahsia Allah."
"Hurm. Kan bagus kalau kita tahu siapa jodoh kita."
"Ish. Kalau kita tahu jodoh kita siapa, takdelah kita jatuh hati dengan orang lain. Terus jumpa jodoh kita, then terus kahwin."
"Kan? No challenge, no lessons."

**randomly**

"Wani, kau nak kahwin bila?"
"Lepas kau kahwin, then baru aku start cari bakal suami"
"Eleh. Aku rasa kau dulu kahwin"
"Takdelah. Aku nak bagi kawan-kawan aku dulu. Aku nak jadi yang last."
"Ouh. Senang la nanti majlis aku kau datang bawak tunang kau sekali"
"InsyaAllah. Tapi ingat janji kita, sebelum kahwin, kita dah jelajah at least 3-4 negara dah.Exactly macam kita planning. Have fun,enjoying our time together. Lepas tu baru boleh terikat dengan komitmen. Eyh?Ingat tu"
"Okeyh. Mula-mula kita travel dengan kawan-kawan. Once dah belaki, aku nak travel dengan laki aku pulak."
"Yelah.Asal kau happy la Nor :) "

**Randomly**

"Aku ingat lepas kahwin aku nak kerja. I mean, kita penat-penat belajar, at least nak jugak nampak hasil dia kan?"
"Yup. Kalau suami kita izinkan, kita kerja. Kalau tak, kita buat bisnes kat rumah jelah"
"Sokong-sokong."
"Yelah kan. Biar kita jadi superwoman. Isteri bekerjaya yang superb. Hebat mengurus kerjaya dan masa depan. Itulah wanita yang bijak. Yang penting as long as kita tak keterlaluan okay lah."
"Yup. Harap-harap kita dapat suami yang baik. Amin"
"Amin"

**Randomly**

Tu antara isi perbualan kitorang.
Cuaca petang tadi redup. Tak panas tak pulak ada tanda-tanda hujan mau turun.
Sambil berbekalkan kudapan berupa asam merah, kitorang meneruskan perjalanan.On the way nak hantar Rainur balik dari tempat makan favourite kitorang, terpaksa lalu jalan kampung. Yelah. Lepas makan, kita makan angin pulak. -_-
Tengah syok-syok duk berbual, tiba-tiba disebalik semak, muncul seekor biawak sebesar buaya tembaga yang kelam kabut mengelak dilanggar oleh Ego S aku. Serta merta aku dengan Rainur:
Lebih kurang cenggini lah reaksi kitorang time tu. Cuak giler!
Sound yang kitorang keluarkan tadi, aku rasa tak perlu aku mention betapa kuatnya kan? -,-
Hampir je nak masuk paya.Emfh3.
Dasaaarr biawakkkkkkkk!



p/s: talking about future with your best friend forever is awesome! :)
or
Having friends that when you feel free to talk about averything without feeling reluctant or shy
are totally beautiful :)
Oh Allah, thanks for this precious gifts. Thanks Rainur, thanks Dira, Thanks Dila and Huda of course. You are the best thing in my life. Love you! :')

Thursday, 5 July 2012

Photographer pilihan

Assalamualaikum.

Waa.. tajuk macam biasa. Nak yang grand-grand je.
Sebenarnya aku bukan apa. Sejak kebelakangan ni, log in facebook je,
penuh kat home aku yang duk tag gamba majlis perkahwinan blogger famous emes yang gojes.

Sis Irine Nadia Marcello. Haaa.. comel sangat dia. 
pic kredit to sis Nisa Kay :)

So habis tang tu. Dulu kan, masa zaman sekolah dulu, ada jugak pasang angan-angan nak jadi photographer. hiks :p . Yelah. Macam best je dapat shoot moment-moment terindah dalam hidup someone. :')
Tapi sebab aku amek course yang berbeza benar dengan impian aku, *sebenarnya aku banyak impian -_- 
Aku simpan je impian aku tu. Mungkin suatu hari nanti, siapa tahu kan? :)

Kalau kita duk tengok sekarang, makin banyak versi photographer yang timbul. Fuh. Zaman dah maju katakaww. Kalau nak review satu-satu company photographer sekarang, memang tak terhitung la seluruh Malaysia ni. Tapi boleh la list yang aku tahu sikit. Antaranya:
-AmirIsmail@Photography,
-PhotoAura Fanclub,
-EyeStudio Photography,
-Subhi Karim Fine Art Wedding Photography,
dan company yang femes ni Cst Production.

So far tu jelah yang aku tahu. By the way, company yang aku list kat atas semuanya most talented. Banyak kali dah keluar magazine, newspaper. Betul-betul holiowww.. Kalau yang berminat, boleh lah berhubung dengan mereka. Harga pun aku tengok boleh lah tahan. Kita kadang-kadang nak benda yang berkualiti nak jadi kenangan sampai tua, sesekali berkorban sikit apalah sangat kan?. Nanti anak cucu kita esok tanya, adalah jugak modal nak diceritakan. Nanti in the future, zaman dah berubah. Manalah tahu kan. Majlis perkahwinan lagi grand. Haaa.. Amekaww.

Tapi ada satu photographer pilihan aku. Aku shoot dengan dia lebih kurang akhir bulan 3 kot. Masa tu aku dengan geng baru merdekaaa dari final exam. Tapi, photographer ni lain sikit tau. Dia memang sangat sporting gila kentang. Sangat sempoi. The most important thing, gambar yang dia shoot, cantik sangat! Korang bayangkan eyh, disebabkan kestressan untuk menghadapi wave of final exam, jerawat kat muka ni. Toksah cakap lah. Buruk bebenor. Tapi dalam gambar, HAHAHA. comel jeww :p

Introducing,..

kitorang panggil dia Abe Faisal.
Korang jangan salah sangka. Memang ni gambar dia. *semua orang cakap muka dia ada iras Remy Ishak.
Aku pun..yelah.. hampir..hurm.. cair jugak. hurm. hurm -_-

Dia dengan roomate aku, dak Dila yang rapat. So habis je last payperrr CTU petang tu, kitorang terus pergi Tanjung Api, dekat sangat dengan kampus Uitm kitorang. Seminggu sebelum tu, masa Dila call dia, nak booked jadual shooting, dia cakap okey. Lepas tahu yang kitorang sebenarnya kekurangan ongkos tetapi tetap bajet retis nak photoshot, dia bagi kitorang harga superr dupeerr drypesss  murah! Hohoholiow. Thanks  Abang Remy. Eyh silap. Thanks Abe Faisal :) 

masa nak shoot gambar ni, abe faisal sampai guling-guling, meniarap atas tanah.
Bila kitorang gelak dia cakap 'nak gambar cantik ke tak nak?' haha. comel je -,-

geng satu kepala :"D


 besties merangkap roomates aku kat kampus :')

Aku ingat, dalam 6-7 tahun lagi, aku akan hire Abe Faisal untuk majlis perkahwinan aku. InsyaAllah.
Dia sangat sempoi.Even kitorang yang kekok, tak pernah shoot dengan photographer handal macam dia rasa rilek je hari tu. Macam dah jadi geng pulak. haha.

So, for those that interested, you can visit their page Pineapple House. Highly recommended :)
Till then, thanks for reading.
Nyte peeps.

p/s: rindu kenangan dengan kawan-kawan :(



Wednesday, 4 July 2012

cerpen: WE BOTH REALIZED THAT TRUE LOVE NOT NESSARY UNITE

Assalamualaikum
Good morning peeps.
Now it is 2.09 a.m

Entah kenapa mata takleh lelap lagi. Puas dipujuk. Degil :3
So, buat keputusan nak update blog.
Tengah survey-survey facebook tadi. Baru perasan banyaknya orang putus chenta. huuuu
*wani cakap dengan cermin weii* -,-

Okey. Malam-malam cenggini macam best je kalau buat cerita. :p
Okey. Here it goes.

SALLY DAN KASIM : 'WE BOTH REALIZED THAT TRUE LOVE NOT NESSARY UNITE'

Awak, hari ni genaplah dua tahun kita bersama. Sepatutnya hari ni annivesary kita sambut berdua. Tapi tahun ni, hanya saya sorang je sambut. Pastinya dengan air mata sebagai peneman. Saya tahu awak takkan kembali lagi pada saya walau saya merayu macam pengemis pun, saya sure punyalah awak takkan endahkan saya lagi. Nak tengok saya dengan sebelah mata pun awak tak mahu. Apalagi mendengar penjelasan saya kan?

Awak, ingat tak lagi waktu awak minta couple dengan saya? Waktu tu bahagianya Allah saja tahu awak.
Tapi, ternyata setelah dua bulan kita bercinta, saya sedar. Awak belum mencintai saya sepenuhnya. Dalam diam awak masih berharap bahawa kekasih lama awak kembali pada awak. Saya sedar, kehadiran saya waktu itu hanyalah menambahkan rasa bersalah awak. Saya tak mahu awak rasa macam tu. Sebab saya betul sayangkan awak. Saya putuskan hubungan kita.Agar awak boleh terus mengharap pada ex awak tanpa menghiraukan perasaan bersalah awak pada saya. Awak,saya redha. Saya ikhlas :')

Awak, setelah tiga bulan kita menjauh, akhirnya awak sedar bahawa sayalah cinta sejati awak.Awak berusaha dapatkan saya. Melihat kesungguhan awak, saya terharu. Hati saya ni cepat sangat cair. Maaf. Masa tu saya jatuh cinta dengan awak sekali lagi. Lepas bacaan Yasin dekat sekolah yang mana tiap-tiap pagi Isnin sekolah kita buat, awak datang kat saya dah kemudian awak cakap 'awak, you are mine now' .Awak senyum bahagia. Awak, bahagia lagi hati saya waktu tu tau. :') Saya harap kita akan kekal.

Awak, percintaan yang kita lalui bersama makin hari makin mekar. Ujian mendatang, ombak membadai, duri menghalang kita lalui dengan baik. Bersama-sama :)
Yeah. Saya hargai semua pengorbanan awak pada saya. Kemudian waktu saya diterima ke IPTA, awaklah orang yang paling bangga dengan saya. Awak menjadi pendorong saya. Tiap saat. Tiap ketika. Susah mahupun senang. Suka mahupun duka. Terima kasih awak.

Awak, genap setahun setengah percintaan kita, akhirnya kita sedar bahawa jalan yang kita lalui sudah rapuh.
Titian yang kita jalani makin longgar. Perahu yang kita bina bersama punah, dimamah ombak mengganas.Akhirnya, cinta kita, mahligai kita, musnah sebelum sampai ke destinasi. Untuk menyatu :(
Sejak dari hari itu, hubungan kita bukan lagi sebagai pasangan kekasih, bukan jua sebagai bestfriend. Kita hanyalah orang yang saling mengenali.

Awak, kenapa awak layan saya dengan dingin?
Hingga terkadang, saya merasakan awak makin membenci saya.
Tapi saya tak kisah. Saya cintakan awak.
Biarpun awak jauh, saya akan tetap menjaga awak. Itu janji saya. Ingat lagi tak?
Saat awak sakit, saya berkejar mendapatkan ubat. Saya lakukan apa yang terdaya agar memastikan bahawa awak tidak mengetahui sayalah insan yang mengirimkan ubat saban waktu.

Awak, saat awak sedang berduka,tidak berselera makan,saya berkejar ke restoran fast food kegemaran awak.
Duit habis, tenaga dikerahkan sepenuhnya untuk memastikan awak dapat kembali makan. Biarpun ketika itu sehari suntuk saya tidak menjamah apa-apa, kerana merisaukan awak. Tetapi, malangnya. Saya tidak mendapat apa yang sewajarnya saya dapat. Awak langsung tak hargai segala pengorbanan saya. Susah payah saya, perit jerit saya. Awak bahagia dalam dunia awak. Dunia yang pastinya tidak wujudnya saya.

Saya sedar, walau sekeras manapun usaha saya
walau seperih manapun saya lakukan untuk membahagiakan awak, 
bila sudah tiada cinta dalam hati awak,
itu sudah memadai untuk awak melukakan saya. Sewenangnya. Tidak peduli.
Awak tahu saya masih mencintai awak.
Tetapi dengan bangganya awak memberitahu dunia bahawa awak bahagia tanpa saya.
Dengan gembiranya awak memberitahu sesuatu yang saya sendiri sampai ke hari ini, takut untuk menyatakan.

Awak, biarpun saya tidak mengambil tahu tentang diri awak lagi,
saya selalu stalk facebook awak, jenguk twitter awak dan membaca blog awak.

"When i miss you, i go to your page, then i regret it because of what I see"

ada ke takde saya awak happy je :(

Maafkan saya. Selalu je air mata ni gugur. Selalu je hati ni meronta kesakitan.

saya dah tak boleh nak tough. 

Awak, jodoh itu rahsia Allah kan?
Tak kira walau sekuat mana kita berpegang
walau sedaya mana kita setia
kalau bukan nama awak yang tertulis di Luh Mahfuz, tiada jua.
Awak, awak segalanya bagi saya. 
saya tak pernah membenci awak. Sebab kalau bukan kerana awak, saya takkan dapat pengajaran beharga ni :')
Kalau bukan kerana awak, saya takkan jadi kuat untuk berhadapan ujian ni
terima kasih awak. 
I learn one thing that true love not nessary unite.


=THE END=

p/s: lelaki di luar sana, jika sudah tiada cinta, putuskan gadis itu dengan baik.Jika benar tidak mampu untuk mengambil berat, usah tambahkan kelukaannya. Dia manusia biasa,yang masih mencintaimu. Fikirkanlah perasaan dia. 

p/s: mood mengantuk daaa datang. Penat otak perah idea. Cerita ni hanya rekaan semata. Tidak ada kena mengena dengan penulis. :D
till then, katil dah melambai
babai <3

Indahnya Nisfu Syaaban

Assalamualaikum.
Salam nisfu syabaan to my lovely readers :)


Dalam Raudatul Ulamak dan diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Tahukah kamu mengapa bulan ini dinamakan Syabaan? Para sahabat menjawab:Allah dan rasulnya mengetahui. Baginda bersabda: Ianya dinamakan demikian kerana bercabang-cabang dan banyak kebaikan padanya.

Aku log in facebook siang tadi. Dalam hati tersenyum. Syukur. Masih ramai anak muda yang concern tentang hadirnya malam nisfu syabaan. Segala amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. So, semoga kita semua tidak mensia-siakan peluang ini untuk mensucikan diri kita. Entah tahun depan masih sempat ke tidak kita menyambut malam indah sebegini :'(.

Perbanyakkanlah selawat ke atas nabi, dan beribadah. Bacalah surah yasin sebanyak 3 kali.Tiap-tiap satu kali bacaan Yasin, dibaca satu kali doa.

-Bacaan pertama yang meminta dipanjangkan umur. 
-Bacaan kedua dengan niat menolak bala.
-Bacaan ketiga dengan niat terkaya dari manusia.

Tahun lepas, seorang hamba Allah keeps remind me about the coming Nisfu Syabaan.
I've got 3 messages.

"Awak, malam ni Nisfu Syabaan. Saja nak ingatkan awak biarpun awak dah tahu.Lepas Maghrib ni, baca yasin 3x tau. InsyaAllah, kalau ada jodoh, kita akan sambut Nisfu Syabaan dan segala bulan Islam yang indah bersama satu hari nanti. "

3 mesej yang sama pada setiap setengah jam. :)
Alhamdulillah. Terima kasih awak. Kerana ingatkan saya.
InsyaAllah akan perbaiki diri ini. Terlalu banyak kekurangan lagi. 
Semoga kita semua dirahmati dan diredhai Allah SWT. Amin.

Oh. Baca doa ni yer :)

Bismilahirahmanirrahim..

Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

Dengan ini, saya mengambil kesempatan untuk menyusun jari memohon kemaafan andai selama ini tersalah bicara. Terkasar bahasa. Andai saya salah, tegurlah. Untuk kawan-kawan, family dan semua yang mengenali saya. Tidak kira secara face to face mahupun secara alam maya. Semoga kita mendapat keredhaan Allah dan semoga kita menjadi yang lebih baik dari semalam. :')

Till then,.
Thanks for reading 

Tuesday, 3 July 2012

Hargai hidup dengan sebaiknya :')

Assalamualaikum

Minggu ni minggu aku puasa.
Menghabiskan puasa ganti yang masih bebaki.
Hari jumaat ni ada date dengan junior aku, dak Khairul. Hari tu dah janji nak belanja dia tutti frutti.
Plan asal ialah hari Selasa next week, but since hari Ahad ni dia dah kena daftar untuk further study, terpaksalah diawalkan. 

Hari Ahad next week, date dengan kawan-kawan aku nak pergi shopping barang nak buat cake. :'D
Serious tak sabar. Yeeha. 
So, plan untuk masuk dapur will be on next Tuesday. Resepi dah ada, tinggal nak beli barang-barang dan masuk dapur saja.

Dan seterusnya aku planning nak ke KL. Lepak dengan besties aku dak Shiera dan Ajie.
Diorang study kat situ. Tapi everytime aku jejak kaki ke KL, tak pernah jumpa diorang. So trip ni mybe akan habiskan masa yang sangat fun dengan diorang. InsyaAllah :'D
Plan kat sana tersangatlah banyak. Tapi syukurnya, planning aku semua bukan planning untuk shopping. Tapi planning untuk makan. Heee :')
Aku tak suka sangat shopping. Daripada duit habis untuk shopping kain baju, kasut, dan seumpamanya,lebih baik aku makan. Kenyang sikit -,-

So plan pertama kat sana

Off to Sunway Pyramid. StickHouse Malaysia. *terliur tahap 9/10 :'(

Next plan,

Haagen-Dazs, KLCC :')
Hari tu dah tengok dah kedai dia. Tapi sebab tak sempat, lalu cenggitu je :3
Menyesal tak sudah.

And the future plan for the coming Ramadhan is a visit to Orphanage In Pengkalan Chepa.
Ouh. Yang ni plan dari secondary school lagi. Harap-harap Allah permudahkan urusan aku ke sana.
Yes. Trip ni pun dengan kawan-kawan jugak.
InsyaAllah, will update the trip soon. :D

Rasa sangat bersyukur dikelilingi kawan-kawan yang sangat supportive dan memahami.
My July wish : Aku nak hargai hidup aku dengan sebaiknya. Be happy with tests from Allah. Speak less, forgive people.

Hidup ni terlalu singkat untuk membenci,
terlalu pendek untuk ditangisi.
Let bygone be bygone.Cheers, because something extraordinary is coming.
Yang penting, selalu bersangka baik dengan Allah. :)

p/s: I'm living so hard now, so please. Live well and lets not meet.
till then, thanks for reading :)

Sunday, 1 July 2012

Ouh. Bermatlamat sangat hidupku! :D

Assalamualaikum

27 Jun 2012

Malam tu elok je cuacanya.
Nak kata mendung tak la mendung sangat. *kalau mendung pun bukan aku nampak. Gelap -,-
Aku time tu tengah syok bergayut dengan besties aku, Rainur.
Biasalah kan. Kalau namanya girls talk, memang merangkumi semua aspek lah.
Baik dari topik kawan, gosip, family, masa depan hinggalah ke topik digemari ramai, KAHWIN. *apa? I'm already nineteen kot! -,-

Tengah syok aku cakap kat si Rainur

"Nor, kalau ada jodoh aku dengan I**** tu, aku terima."


Dan topik itu berlanjutan selama sejam dan lebih.
Lepas je letak phone, aku tengok incik abah kat depan aku.
Cuak giler aku.
Paling cuak lagi, abah aku cakap

"gayut dengan sape?pakwe? nak kahwin dah ke?"


Masa tu, memang berdebar tahap gaban dah aku. Aku ingat dia tak dengar perbualan aku.
Insaf dah. Lain kali kalau nak bergayut pun, aku nak pergi rumah jiran. @_@
Lepas tu, aku bagi ah alasan yang nampak macam munasabah dan boleh diterima dek akal genius bapak aku.

"ish. saje je tu bah. Kahwin lambat lagi. Adik ada matlamat besar sebelum kahwin.Banyak hal nak kena buat sebelum kahwin"


"Dah kalau macam tu, esok tunjuk kat abah. Apa perancangan adik yang banyak sangat tu. Apa yang besar sangat matlamat tu. Meh abah tengok"


Hah! Amek kau. Terlepas mulut singa masuk rumah hantu.
Nak tak nak, sebelum kena ambush lagi, aku terpaksa lah buat
SENARAI PERANCANGAN MASA DEPAN
It takes time. Nak fikir lagi, nak sketch lagi. But alhamdulillah. Akhirnya siap :')

2 July 2012

 my dream :"D
Adik bongsu aku cakap
"banyak-banyak lukisan, kenapa yang kahwin tu paling menyerlah?"
hihihi. :p

Lepas tu, dengan slumber nya aku pergi ngadap incik abah.
Dia tersengeh tengok sketch aku. HAHA
Serius malu giler. Padahal dia dah baca dah, sengaja pulak suruh aku terangkan satu-satu Y_Y.
Dengan menebalkan muka, aku pun terangkanlah satu-satu dengan sabar.
Last-last dia sign kat tepi. Tu tandatangan dia la tuh. Siap dengan pesanan tambahan lagi. Tanda setuju. Sebagai saksi, aku paksa puan ibu. Macam borang trip sekolah lah kan. Selalu puan ibu yang jadi saksi. :p

"Hidup ni kena ada matlamat. Ada goal. Baru sukses sokmo" -abah



Aku harap Allah permudahkan urusan aku. Harap-harap sangat aku dapat achieve segala impian dan matlamat aku tu. Harap-harap juga Allah panjangkan usia incik abah dan puan ibu. Biarlah dia sempat tengok kejayaan anak dia ni. :')

p/s: I love you more than anything else in this world abah, mama. :D muah3!
till then,thanks for reading