Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 27 August 2012

randomly monday

Assalamualaikum



"Jika datang melamar kepada kalian seseorang yang kalian redha akan agamanya dan akhlaknya,
maka nikahkanlah dia, bila kalian tidak melakukannya maka ada fitnah di muka bumi dan kerosakan yang nyata."
(hadis riwayat Tirmizi) 


Friday, 24 August 2012

one and two and three and four

Assalamualaikum



Pernahkah bibir berbicara tatkala hati sepi. Pernahkah bibir menguntum senyum tatkala hati sakit. Pernahkah bibir berdusta tatkala hati suka. Hidup umpama pentas lakonan. Manusia bertindak umpama pelakonnya. Bicaranya terkadang ada tawa. Senyumnya terkadang ada sepi. Lirikan matanya terkadang ada luka. 




Senyumannya terpalit dusta. Bicaranya tidak jujur. Pentas lakonan tidak seindah seperti yang dipertontonkan. Manusia. Menipu untuk membahagiakan. Membahagiakan siapa? Membahagiakan yang melukakan. Siapa yang memahami ragam hati yang sering berbohong? Hanya Allah yang Maha Esa.





Dia seorang yang mencintai keindahan. Mengimpikan kebahagiaan. Mengharapkan kejujuran dan menyandar pada harapan. Hidup tak selalunya di atas. Dia mengerti setiap yang terjadi sudah tersurat. Redha itu harus. Lemahkah dia andai menangis seorang diri di dalam simbahan hujan yang lebat. Siapa dia untuk menidakkan takdir. Andai itu yang terbaik, senyuman penghapus resah dipalit. Tanpa syakwasangka. Tanpa ragu.




Penonton menonton tanpa mengetahui parah batinnya. Dia tetap tersenyum. Menyembunyikan kebenaran. Siapa yang mengerti? Setiap hari dirinya berperang dengan perasaan. Perasaan yang sukar ditafsir oleh mata hati. Payah difahami oleh ragam manusia. Kisah yang ditinggal jauh di belakang, tidak akan sesekali dia mengharap sesiapa merungkai. Takut melukakan, bimbang menderitakan. Tekad dia tidak akan sesekali membiarkan sesiapa mengalami kesakitan yang sama. Derita persis dia derita. Semoga semua menjadi pelajaran. Kisah itu tidak akan diulanginya lagi.


gambargrapher: Nurhazwani
talents: Rainur,Dira,Yuni,Fatin.
skriprabak:Nur Hazwani.

Till then,.
may peace be upon you

Thursday, 23 August 2012

Be Positive

Assalamualaikum

Kadang-kadang, bila kita gaduh dengan seseorang
kita selalu rasa kita keseorangan dalam dunia ni.
Tak ada satu orang pun yang faham kita.
Tapi kita kena ingat. Masih ada 'seseorang' yang selalu dengar rintihan kita.
Selalu tengok-tengokkan kita.
Selalu jaga kita. 

"Fikirkanlah segala tentang nikmat Allah dan pemberianNya, dan janganlah kamu 
memikirkan tentang zat Allah"
(Hadis riwayat Abu Syeikh dan at-Tabrani)

Dan kita selalu sedih bila kawan kita hanya akan cari kita
apabila dirinya susah. Time senang, lupa sahabat.
Time sedih, mulalah mencari.
Tapi kita selalu lupa. Patutnya kita besyukur.
Sebab kita insan yang paling dia ingat bila dia susah.
Bermakna, dia percaya kita 100% untuk berkongsi kisah sedih dia dengan kita.
Kawan time senang ramai. Time susah? sikit je kan?
So, itu uniknya kita. Satu dalam sejuta. :)

"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya"
(Hadis riwayat Abu Daud)

So, buat apa kita sedih untuk hal yang masih boleh diselesaikan dengan akal fikiran kan.
Remember one thing, life it is not about being sad. 
Masih banyak pengalaman untuk ditempuhi. Dugaan untuk dilalui. Cubaaan untuk dirasai.
Pengalaman mengajar, dugaan mendewasakan, cubaan mematangkan kita sebenarnya.
Tanpa semua itu, kita tak akan menjadi KUAT.

till then,
may peace be upon you.
salam 6 Syawal :)

Sunday, 19 August 2012

Farewell Ramadhan, welcome Syawal :')

Assalamualaikum

First thing first, I wanna say that I'm gonna miss you Ramadhan. :'(
And Happy Eid Mubarak peeps :') 
So, koranng koranng semua pun aduyai terr, 
sila tolong please rayu supaya abaikan tulisan buruk aku tu -_-
Nak kasi ucapan extra special kat korang (especially my loyal readers) :')
Selamat Hari Raya AidilFitri. Maaf zahir dan batin.

Raya tahun ni agak tak best sikit untuk family aku..
Sebabnya, along aku takleh pulang beraya.  Tugas kepada negara. sob sob
Second, abang aku demam teruk. So, dia kena perintah berkurung. Sangat tak fun :/

But, raya tetap raya. As usual lah kan, rumah besties cik renur tempat pertama aku beraya.
Tak nak cerita panjang-panjang. Nak bagi korang layan gambar2 jer. *dasar pemalas kau wani

 geng datin jemah *again -,-

loving couple :')

mereka..lagi -_-

yang paling kanan sekali tu, jangan salah paham. single lagi tu.
walaupun nampak macam dah kawen ^^"


si rainur comels :)

Dak Dira Cun :)

krik krik krik krik -,-

with yun, si budak ayu :)


like this pic so much :D

Sebenarnya ada banyak lagi gambar. Jumlah semua sekali kalau tak silap tadi 100 keping ++ gitulah.
Tapi sebab line tenet slow tahap kereta yang berpusu-pusu mau pulang ke kampung,
setakat ni jelah dulu kot. -,-

Oh. Lepas raya geng-geng datins dah mau berangkat ke kampus masing-masing dah.
Dira ke Sarawak, Rainur ke Johor, Yuni ke Penang. 
Entah bila lah pulak dapat jumpa. Y_Y

Di kesempatan ni, aku nak susun 10 jari, memohon sejuta kemaafan andai selama aku menulis, 
selama aku bercerita dan selama aku berkongsi, ada yang terasa, terguris, terluka gara-gara aku,
sekali lagi aku memohon maaf. Aku manusia biasa. Yang sering khilaf sepanjang proses kehidupan.
Adat manusia, silap itu adalah guru terbaik. Untuk mengajar kita erti sebenar kehidupan. Andai tiada cabaran, tiada haters, tiada dugaan, itu bukan hidup. Itu mimpi :)
Kepada family tersayang, besties, Teslians.
Selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Daripada Umamah r.a bahawasanya Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
"Barangsiapa yang mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata,hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagaimana matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat"


Till then,
Thanks for reading.
Selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir batin.:)


p/s: Awak, selamat hari raya. sunyi beraya tanpa awak .Still, I hope you happy. 

Wednesday, 15 August 2012

wordless wednesday #4

Assalamualaikum






"Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu, ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah "
(Riwayat Muslim)


Saturday, 11 August 2012

"Tabahlah wahai hati"

Assalamualaikum

Tinggal seminggu je lebih kurang nak raya.
Tadi, lepas 2 hari tak online, bukak je tab, terus ke dashboard blog.
Tertarik dengan satu entry oleh Prince Of Noob
Entry mengenai seorang ibu tunggal , Puan Alia yang menghidapi penyakit saraf .

Aku pun tak sempat nak baca blog Puan Alia yang juga seorang blogger tu sampai habis. Nanti akhir entry aku kasi link blog beliau. So, kat sini takde kata yang boleh aku katakan kecuali kekaguman aku tentang betapa kuatnya seorang ibu untuk menjaga 3 orang anak beliau yang aku kira masih belum mengerti tentang penderitaan yang dialami oleh ibu mereka. So, mengikut cerita, suaminya menceraikannya dengan talak 3 kerana tidak sanggup menjaganya.*sesiapa yang lebih jelas tentang hal ini, minta tegur jika aku silap.
Okey. Aku bukan apa. Kalau boleh, aku tak nak mempersoalkan tindakan suami dia. Cuma,
bukankah kewajipan seorang suami untuk tetap setia di sisi isteri dia susah mahupun senang?

Bila seluruh Malaysia yang tahu tentang hal ini, aku pasti rata-rata akan mengkondem tindakan tidak wajar bekas suami Puan Alia. Okey. Aku pun tak nak komen banyak-banyak soal ni. Nanti orang cakap 
"wei wani, kau belum kahwin. Kau tau ape? "
So better aku senyap. Aku harap even lepas bercerai bekas suami puan Alia masih teguh membantu puan Alia menjaga anak-anak mereka. Sebab dari gaya aku baca blog dia, MasyaAllah. Allah sahaja tahu persis penderitaan yang dialami. Bila kita sebagai ibu tidak dapat menguruskan anak-anak dengan tangan kita sendiri, I'm pretty sure. Tiada mana-mana pun ibu atas dunia ini yang minta nasib sebegitu rupa menimpa mereka. So,as far as I concern 3 orang anak Puan Alia kini dijaga oleh ibu beliau yang juga sudah uzur.

Bila bercakap tentang sakit, tanggungjawab dan penderitaan, tiada yang boleh exactly memahami selain bersimpati. So aku memohon sesiapa yang sedang membaca blog aku, aku mohon. Doakan kesihatan Puan Alia. Doakan beliau untuk terus teguh bertahan demi anak-anak beliau. Sesungguhnya usia anak-anak beliau masih mentah aku kira untuk menerima kehilangan insan istimewa bernama ibu :'(

"Ya Allah Ya Tuhan kami. Kurniakanlah rezeki yang melimpah ruah kepada mereka,
kasihanilah anak-anak mereka.
Ya Allah, kau sembuhkanlah penyakit yang dihidapi beliau agar dia mampu meneruskan amanahMu untuk menjalankan tanggungjawab terhadap keluarganya.
Kau kuatkanlah dia untuk menghadapi saat-saat sukar dan kesakitan yang dialaminya sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Penyanyang.
Amin Ya Rabbal Alamin"

"JANGAN SESEKALI MERENDAHKAN PENDERITAAN YANG DIALAMI ORANG LAIN KERANA KAMU BELUM TENTU DAPAT MENGHARUNGI UJIAN MEREKA"-wardina Safiah

Dan kadang-kadang kita ingat ujian yang Allah SWT beri pada kitalah yang paling berat. Kita tak tahu ujian orang lain lebih berat daripada kita. So apa pun jua keadaan anda, sentiasa bersyukur dan doakan yang terbaik untuk insan-insan yang tidak bernasib baik di luar sana. Sesungguhnya jika kita bersusah demi orang lain, sebenarnya, ada ganjaran yang hebat Allah nak bagi pada kita. Jadi mengapa anda pilih untuk mengabaikan nasib malang orang lain? Sebab tak mustahil satu hari nanti, bila keadaan pula yang tak menyebelahi kita, Allah nak bagi kita ujian, kita pula berada di tempat golongan yang bernasib malang. Semuanya tak mustahil. Sebab bila Allah berkehendakkan sesuatu, maka terjadilah 'kun fayakun'.

Raya dah dekat, agak-agak berapa orang malang kat luar sana yang even tak dapat sambut raya macam kita saban tahun?
Time berbuka, berapa orang malang kat luar sana yang tak mampu menjamah apa-apa hidangan setiap hari?

Prihatin terhadap orang lain, tak mustahil orang prihatin pada kita balik.
Hormat orang lain, dan orang automatik hormat kita :)
MasyaAllah. Hebat kan? Bantu dan utamakanlah sesama saudara Islam kita. 
Sebab kita tak mahu sesiapa memuji atau mengagungkan kita atas apa kebaikan yang kita lakukan, kecuali kita nak ganjaran Allah SWT.
Aku akui, aku tak berapa baik. Tapi aku nak do something yang boleh bukak hati dan buat orang lain rasa nak buat kebaikan. InsyaAllah.

Bila kita ada duit, kita selalu ingat kita kaya. Tapi Allah itu lagi Maha Kaya.
Bila kita ada pengaruh, kita selalu ingat kita hebat. Tapi Allah itu Maha Hebat.
Bila kita dikurniakan hati yang baik, kita selalu ingat kita mulia. Tapi Allah itu Maha Penyanyang.
No matters what you do, where you are, remember Allah always. That's all you have to do.

Oh, kepada sesiapa yang nak visit blog Puan Alia, untuk lebih memahami dan mengetahui isi hati beliau, ni link blog beliau ALIA HARYANIE

dan sesiapa yang ingin membantu meringankan beban puan Alia, bolehlah beri sumbangan ke:
Maybank Acc No: 164034266923 (Haryani Binti Mat Hussin)
Maybank Acc No: 553104558862 (Akaun bersama dengan Ibunya: Asiah bt Haron)
RHB Acc No: 16213900067447 (Haryani Binti Mat Hussin)

We are great Muslims. And we care about others :")

Tabahlah wahai hati ~
Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
Tangan di atas (yang memberi) itu lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima).

till then,
May peace be upon you :)

Wednesday, 8 August 2012

Setelah setahun. . .

Assalamualaikum.

Pagi tadi kan, incik posmen bukan main awal pagi lagi masuk kampung aku.
Semata-mata nak bagi amanah ni :')


Fikir-fikir balik, dah lama aku tak dapat kad raya Y_Y serius!
Kalau tahun lepas,aku dapat kad raya dari besties aku, Dila. Terus langsung dari tangan.
Tapi tahun ni, disebabkan kitorang ex-ex student Tesl sekalian telah berpisah dari kampus dan automatik berpisah dari kehidupan ohsem kitorang, chances aku nak dapat kad raya lagi, amat tipis. -_-

Tapi, disebabkan assistant class monitor kitorang, herny syazlin seorang yang gigih dan baik hati,
beberapa bulan sebelum puasa lagi sibuk menggigihkan diri bertanya alamat kitorang satu kelas.
So, disebabkan beliau jugalah nasib insan-insan yang kesepian kerana terlalu lama tidak mendapat kad raya, tercapai. Tidak kira bangsa,usia, umur dan negara. Semua dapat. :')

:') thanks eny

Dan di kesempatan ini, wani nak balas kad raya eny dengan yang ini : 
Kad raya extra biggg :D

Dan di kesempatan ini juga wani nak ucap selamat hari raya kat eny. Eny ialah kawan yang baik so mustahil amat untuk wani lupakan. Bila wani sakit, eny yang kelam kabut. Best sangat time tu. Sebab even duduk jauh dari family, tak rasa kesepian tu. Sebab adanya sahabat macam eny. Wani nak mintak maaf banyak-banyak kat eny kalau-kalau selama kita kenal, wani ada terguris perasaan eny. Eny sahabat yang susah wani nak dengar mengeluh. Selagi kaki eny tu boleh jalan, selagi mulut eny boleh berbicara, maka selagi itu eny tak berhenti cakap dan care about the others. Terima kasih eny. Terima kasih banyak-banyak. Kad raya eny wani simpan dalam tempat khas. Kenangan bersama eny wani simpan kemas dalam kotak memori.Insyaallah. Even kita dah tak selalu bersama dah pasni, wani harap persahabatan kita kekal sampai bila-bila.
Sekali lagi, selamat hari raya aidilfitri eny,.. maaf zahir dan batin :')

kalau eny baca ni, let me know k? :')
till then.