Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 1 June 2014

Perfect Imperfections

Salam alaykum

Aku ada sorang member yang sebaya dah dah kahwin. Memandangkan si kawan aku yang tak minat bola (disyaki berjangkit dengan aku mungkin), dan laki dia kaki bola. So, menurut dia, haritu dia ada plan nak pergi holiday. Tapi memandangkan tiba tiba that day, si laki baru teringat ada match Arsenal lawan mende aku lupa, so laki dia postponekan the holiday. --'

Kamu orang agaklah sendiri macam mana keciknya hati si bini kan. So, dengan perasaan pilu dan sebak, si kawan menceritakan lah kesedihan dan kekecewaan serta bertanyakan pendapat aku. 

'Dia cakap aku tak paham dia. Hanya sebab bola?! Mengarut!' (luah si kawan)

Sebelum aku jawab, lama jugak aku pikir. Supaya jawapan aku takkan buat dia mental breakdown part II tapi sebaliknya buat dia paham yang 'Memang lelaki lumrahnya kebanyakkannya begitulah'. Then aku tarik nafas. Dengan lafaz bismilahirahmanirrahim,
Aku jawab:

Masa dia tengah terkinja kinja syok tengok bola tuu,....

kau cakap
'Abang, saya buatkan abang snek. Meh makan sambil tengok bola sesamaaaaa'

Then kau tengok. Apa reaksi dia. Walaupun dia akan rasa kau buang tebiat, tapi dia akan happy.Seriously. 

Cinta ni, tak semestinya kau punyai chemistry yang mana kau kena suka apa yang dia suka, kau kena cintai apa yang dia cintai. Tapi cinta sebenarnya bila kau sokong apa yang dia suka, kau faham apa yang dia cintai. Give and take.' Simple :)


p/s: aku harap entry ni bantu kau Nad! :) 
p/s/s : aku ada presentation esok, dua test lusa and rabu ada satu test and khamis ada event. *saja bagitau. tahu takde orang kisah pon.
p/s/s/s : Welcome June. Lets have fun. June, Fasting month. Yang mana tak habis ganti lagi puasa tu, silalah ganti ya. *ingatan mesra dari sayaaaaa :*

till then
thanks for reading! nah kiss :*

Monday, 5 May 2014

5 MAY 2014

Bismilahirahmanirrahim.


This entry is for 
a boy
a son
a brother

above all. 
A BEST FRIEND.

Biasanya aku suka buat surprise kat kau dalam phone je. Surprise yang mana aku akan jadi orang terakhir yang akan wish tepat 11.59 malam ni. Tapi..wattuduu. Esok aku ada test, presentation, submission and banyak benda alah lagi nak disiapkan, so aku decide nak buat something yang aku jarang buat kat member laki aku. Wish through blog. *tepuktepuk tangan*

*memandangkan ni adalah blog aku, aku taruk gambar aku pegang kek birthday party aku yang korang organized few months ago. ahaha.

Okey. Mungkin ni akan jadi first and last method of wishing all the best untuk kau. 

Are you ready?
1
2
3
4
5
.........

Amzar, Koja, Jejai, Ja, pakdo and so on.!
Happy belated birthday yang ke-21. Selamat datang ke club veteran. :D

1. Aku doakan kau sukses dunia akhirat, diberi iman yang teguh, diberi kudrat yang segagah superhero MARVEL, dikurnia kebahagiaan bersama keluarga, dengan cik atiqah comels sampai ke akhir hayat. Cepat kahwin sebelum aku! haha
2. Aku doakan kau hebat dalam study, dalam pentadbiran hidup, dan semuanyalah! aku doakan Allah permudahkan segala planning kau untuk hidup kau.

Dan terima kasih sebab selalu jadi sahabat aku susah senang, wangi busuk, cantik buruk, baik teruk dan tawa sedih. Terima kasih sebab jadi mekanik baiki motor aku masa sekolah dulu, yang jadi bank aku kadang kadang, yang jadi pak supir waktu waktu aku praktikal, yang jadi bahan untuk aku tipu. HAHA, yang jadi master plan untuk kegiatan jenayah-jenayah yang kita and the geng lalui, yang sanggup dapatkan tanda tangan penulis feveret aku LEPLEP, yang tukang advice aku kalau aku nak tukar phone, laptop and so on, yang melawat time aku sakit, dan yang selalu aku refer pasal soal peribadi a.k.a love story aku. Yang jadi semua dalam waktu bergelar best friend kepada seorang yang bernama NurHazwani.
8 tahun jadi kawan kau, alhamdulillah. Aku masih boleh cakap yang kau sahabat yang baik. Bukan hanya untuk aku. Untuk Nono, Deedee, and semua geng Jemah yang lain.

And please. Maintain it. Keep it.
:)

Sekali lagi, selamat ulang tahun sahabat.
Semoga 21 tahun yang Allah pinjamkan pada kau ini, mampu kau pandu dengan baik dan amanah. AMIN. 
Dan sebagaimana kau mendoakan kebahagiaan aku, dari jauh, selalu. Aku doakan kau jauh lebih lebih bahagia. :)

p/s: cepat hantar buku leplep! :p

AAAA..... tu jelah buat masa ni. Tahun depan aku wish through text jelah. takpun wassap. 

till then,.


p/s: aku update blog ni dalam library lepas keluar dari kelas. Ok bai. Nak pergi makan. 



Saturday, 14 September 2013

Surat untuk bakal bekas kekasih

Awak,
Buat apa tu?
Dah makan?
Ada sakit apa-apa?
Kerja okay?
Hari ni ada apa-apa nak mengadu tak?
Kalau semua orait, baguslah.

Awak,
Hari ni cinta masih kuat, rindu masih likat, harap awak sentiasa dekat.
Tapi masa depan kita tak boleh nak teka teka.
Mana tau esok hari tiada jodoh antara kita.
Maka itulah tujuan surat ini, sebagai penguat semangat.
Sengaja saya tulis dalam bentuk entri supaya awak tak boleh bakar sebab taknak ingat.

Awak,
Seperti malam boleh menjadi pudar,
Hujan boleh berhenti, bunga tidak berkembang,
begitu juga dengan perasaan.
Boleh sahaja perasaan itu kurang atau hilang tiba-tiba,
Tapi janganlah awak beranggapan ada kurang di pihak awak atau saya,
Itu mungkin kehendak Tuhan.

Kehendak Tuhan kena pasrah, tak boleh resah, parah atau marah-marah.
Dan jangan pula awak menyerah kalah.

Benda dah lepas, maka lepaskanlah.
Pegang masa depan dengan erat,
andai ia terlepas, awak baca semula ayat pertama perenggan ni.

Awak,
Biasakanlah hidup tanpa saya,
Risau-risau saya hilang tiba-tiba,
Hilang diambil Tuhan atau hilang tanpa berita.

Mungkin cinta sahaja tidak cukup,
mungkin bayangan wajah awak di siling setiap malam tidak cukup,
mungkin mimpi indah juga tidak cukup,
mungkin apa yang cukup mungkin juga tidak nampak cukup.

Deep kan ayat tadi?
Saya baru terpikir tu, terasa genius jugak.

Awak,
Jika hubungan kita berakhir,
dan saya kelihatan tidak peduli tentang awak,
percayalah, saya peduli.
Apa orang lain pikir, saya tak peduli.

Saya cuma tidak mahu mengganggu,
mengganggu hidup dan hati,
tak perlu ditunggu,
cukup jika awak bahagia dan tak pernah termangu.

Dalam cinta, tak ada tapi tapi,
Tak ada keputusan seri,
Perlu jelas dan sentiasa bererti.

Andai saya kalah memiliki awak,
maka saya terima segala kelemahan saya.
Andai awak kalah memiliki saya,
maka awak kena terima yang awak rugi gila.

Tiba-tiba, saya rasa melankolik,
rasa macam pasir masuk mata,
tapi jangan risau, bab sedapkan hati sendiri saya cukup terer.

Jika tanpa saya atau adanya saya,
benda paling penting awak bahagia,
awak bahagia, saya juga,
kalau rabak sikit sikit tu perkara biasa.

Saya sudahkan surat ini dengan ucapan maju jaya,
semoga cinta ada ruang,
semoga kita ada peluang,
andai semuanya terbuang,
jangan pernah berhenti berjuang.

Salam sayang teramat sayang untuk kekasih yang manis tapi kadang kadang bengis.


P.S : Surat ni hanya valid kalau tiba-tiba status awak bertukar menjadi bekas kekasih. Kalau belum, anggap sahajalah saya menulis di bawah pengaruh dadah

p/s: bukan karya aku. tapi aku suka.credit to brader leplep. :)
p/s: lepas rindu update jugak.

Wednesday, 28 August 2013

Wordless Wednesday #9

Assalamualaikum

"aku tak risau mencari. Sebab ku yakin. Ada yang sedang menunggu. Masa. "

Saturday, 6 July 2013

Don't Forget to Falling In Love with Yourself First :)

Assalamualaikum.

Aku ada beberapa perangai yang aku rasa aku bertuah memilikinya -,-'.
Contoh bila aku rasa down, upset tak tentu hala, sakit hati dan pelbagai lagi penyakit hati yang kebanyakannya datang dari syaitanirojimmmmm, I'll fixed myself immidiately.

Contoh bila aku sedih, aku akan cepat-cepat cari punca kenapa aku sedih dan bila aku dah tahu kenapa aku sedih, aku terus cari jalan untuk keluar dari kepompong kesedihan tu. Aku banyak muhasabah diri, then aku download banyak-banyak kata-kata semangat sampai aku rasa termotivasi dengan those words. ececeh. :p

"The happiest person does not necessarily have the 'best' things. They simply appreciate the things they have"

Aku sekarang amalkan 'bulan menghargai diri sendiri' .
Kawan aku selalu cakap 'wani, sebelum kau sayang orang yang tak reti nak hargai kau, apa kata kau belajar hargai diri sendiri dulu? so bila orang buat jahat dengan kau, kau taklah makan hati sangat sebab kau kuat.'
Yes. Bila fikir balik sebenarnya betul jugak tu. Korang pernah tak at least sebulan sekali beli something untuk diri korang sendiri? I mean HADIAH? A GIFT? .Pada yang cakap
'Maksud kau wani, yang beli baju 10 pasang sehari, beli kasut 300++ pasang sebulan tu eh?'
Tak tak nehi nehi ya. Itu bukan hadiah untuk diri sendiri, itu nafsu serakah syaitanirojimmmm namanya -_-"

What I'm trying to say here is, kadang-kadang diri kita perlukan penghargaan.
Pernah kira berapa kali kita lalui kesukaran? Contoh bila kita berjaya buat satu keputusan yang boleh mendatangkan kegembiraan pada orang lain, bila kita berjaya jawab test, bila semua selesai submit project, assignment on time? Bila birthday orang lain, sibuk nak belikan hadiah, tapi kalau part diri sendiri buat dek je. Maka mulalah keluar kata-kata

"Takde orang nak hargai diri aku sedangkan aku hargai diri dorang."
"Takde orang yang sayang, ambil berat kat aku"

Instead of saying
"Sepatutnya aku hargai diri aku sendiri dulu, baru orang hargai diri aku"
"Aku tak kisah takde orang sayang, ambil berat pasal aku. I have Allah and I believe in myself."
"When you begin to value youself, other will also. How you treat yourself teaches others how to treat you".


Aku jenis seorang manusia yang suka makan. Kadang-kadang lepas stress study, or lepas having a crisis, I've told myself.
"Its okey honey. You did a great job. Lets go eat." 

Bagi aku, aku termotivasi dengan cara macam ni. Aku tak perlukan orang lain untuk bagitau aku mereka nak belanja aku. The things that can make me happy, is actually on how I treat myself. :')

AND...
  Instax mini palaroid
Hadiah bulan Jun untuk diri sendiri :)

Aku penggemar fotogaphy. Before kamera ni sebenarnya aku dah ada 2 biji instax palaroid. Cuma nasib tak berapa baik jea aku terpaksa jual and alhamdulillah. At last, aku berjaya dapatkan balik. :)
Aku beli, bungkus lawa-lawa. Beli kad siap-siap. Tulis ucapan dan letak atas meja study. Yeah. Its sound crazy and silly for some people. But,..yeah. This is me. -,-

Aku ni manusia. Adatlah hati tersungkur. Adat hidup rebah.
Tapi masa lalu tu kadang-kadang ajar kita yang rupa-rupanya hidup ni bukan semata-mata kebencian,
bukan semata-mata untuk dibazirkan dengan ditangisi. It is more than that. Ambil masa, kenali diri kita dan cintai diri kita. :)
and lastly!
Sentiasa bersangka baik dengan Allah S.W.T. Sebab kekuatan hati, keteguhan sanubari, dan ketegaran jiwa sebenarnya datang dari Dia. Jangan angkuh sangat.

salam sayang *ececehh :p

p/s: dear you, please make him happy. Will ya?