Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 26 September 2012

New life, long journey

Assalamualaikum.

 ":'D Alhamdulillah. I'm now officially............."


to be continued...

Saturday, 8 September 2012

I just love the way you are

Assalamualaikum


"Cinta itu tentang menerima seseorang itu seadanya, tanpa sebarang alasan"

:)

p/s: mau packing baju-baju. Goodbye Kelantan. :(

Friday, 31 August 2012

Bicara hati sepi

Assalamualaikum.


Semalam, sedang aku kusyuk baca novel Adam Dan Hawa pemberian adik aku, ada satu mesej masuk.
Mesej yang berbunyi lebih kurang bertanya satu jawapan. Jawapan yang boleh merubah seluruh hidup aku.
Jawapan untuk keseluruhan masa depanku.Cuba dihitung-hitung umurku baru menginjak 19 tahun.
Usia yang aku kira masih cukup mentah untuk membina sebuah kehidupan 'baru'.
Sekali lagi aku gagal memberi jawapan. Sepatutnya aku mengambil kira kesungguhannya selama ini.

Teringat zaman persekolahan.
"Lelaki idaman aku,aku nak yang berjanggut nipis sikit. Tapi yang penting dia mesti beriman sebab aku perlu bimbingan. Baik hati dan sanggup stay di sisi aku time susah mahupun senang."
Yes. Itulah harapan apabila rakan-rakan sebaya sibuk bertanya soal jodoh. Semuanya mahu yang terbaik.
Siapa yang nak memohon keburukan yedak?

Setiap kali teman-teman bertanya kepadaku tentang kehidupan lampau a.k.a masa silam,
aku hanya boleh katakan 
"Soal jodoh sekarang,serahkan pada Allah. Jika Dia berkehendakkan kami bertemu sekali lagi, tiada daya kami untuk menghindarinya. Esok atau lusa, kami tetap akan bertemu. Di bawah kehendak dan rancangan Allah. Jika kami memang berpisah demi kebaikan, aku tak mahu menolak. Dia berubah untuk kebaikan, demi Allah aku tidak mahu menganggu. Tapi aku tetap berdoa yang terbaik sahaja untuk dirinya. Walau di mana dia berada. Dengan siapa dia bersama. Apa jua pekerjaan yang dikerjakannya. Moga sentiasa di bawah lindungan Allah."

Benar. Itu yang ku rasa kini. Tiada langsung pengharapan. 
Setiap hari memujuk hati agar lebih redha dengan rancangan Allah. Sebab aku sedar.
Redha dan ikhlas itu adalah dua perkara yang berlainan. 
Masih redhakah aku jika setiap hari mempersoalkan apa yang terjadi.
Masih ikhlaskah aku jika setiap hari menangisi nasibku.

Teringat kata-kata seorang rakan sekelasku dulu.
"Entah-entah sebab ramai sangat tak suka korang bersama, cakap itu ini. Lebih 40 kali benda tu dah jadi betul. Tengok sekarang. Kau dengan dia."
Tersenyum. Tergelak pun ada. Pantas jawapan ringkas aku beri.
"Tidak. Kami bertemu kerana izin Allah. Kami mengenali satu sama lain juga kerana izin Allah. Dan kami berpisah kerana kehendak Allah. Doa-doa buruk oleh orang-orang lain untuk aku dan dia tiada kena mengena.Sesungguhnya itu hanya alasan."

Bertanya lagi dia padaku "Sayang lagikah kamu terhadapnya?"
Kelat,aku jawab "Aku sayang dia kerana agama yang ada padanya. Afterall, dia memiliki semua ciri-ciri suami idamanku. Walaupun tiada 100% kesempurnaan, dan aku langsung tidak memandang kepada kekurangannya sebab kekurangannya adalah kelebihannya. Begitulah juga sebaliknya.
Bertanya lagi dia "Habis..ikhlaskah kau? Redhakah kau"
Jawapan muktamad, mengakhiri perbualan panjang itu "Sesungguhnya aku masih belajar untuk menerima semua ini."

Aku manusia biasa. Terkadang rebah tersungkur. Air mata peneman diri. Sesungguhnya perpisahan ini tersembunyi seribu hikmah. Hikmah yang membawa aku ke sini. Ke tahap ini. Alhamdulillah.
Tipulah jika sudah tiada sayang. Tiada cinta. Tiada rindu.
Aku hanya manusia biasa. Tapi, mungkin semua elemen itu makin pudar? Mungkin juga.
Allah itu adil. Jika memang tertulis ada jodoh antara kami, InsyaAllah. Kami akan menyatu juga suatu hari nanti. Aku akan dapat apa yang aku berhak dapat. Sebab Allah tu maha Adil. Allah sweet sangat.
Apa yang Dia beri pada kita,percayalah itulah yang terbaik untuk kita. Sama ada kita suka ataupun tidak.

Tidak usah gusar. Kerana pemilik tulang rusuk kita sudah ada di luar sana.
Hanya masa yang akan menentukan bila tiba masa yang sesuai untuk kita bertemu. :')

"Jika awak jodoh saya, jujur. Saya terima dengan hati terbuka"-M.S.B


Aku bersyukur pada haters aku. Sebab diorang aku kuat. 
Diorang buat camtu sebab diorang sangat care pasal aku. :)


Ouh!
Sebelum terlambat, aku nak wish selamat menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-55.
Alhamdulillah. Kita masih selamat. Aman hingga ke hari ini. Alhamdulillah.
*mukaleteh*

Jom baca doa ni :)

-Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini negeri yang aman dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku dari pada menyembah berhala.(Ibrahim:35)

-Ya tuhanku, jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman kepada Allah dan hari kemudian. (Al-Baqarah:126)


p/s: Awak terlalu baik untuk saya F.S :) You deserves for a better. Sorry. Biarlah dia yang terakhir buat masa ini.

Thursday, 30 August 2012

Us . Forever :')

Assalamualaikum

Aku tak nak emo time tulis blog ni. So, kejap nak amek tisu.

1
2
3
4
5
6

okey. Jum start.

Kepada yang sudah sedia maklum dengan life aku yang dikelilingi oleh rakan-rakan yang
perghhh gempak cun meletupss wow miow miow superb,
aku ada 2 part of besties 

Geng pertama (besties since standard 1 until now)
Datin Jemah's group :)

So, pagi ni Dira dah bertolak ke KL then langsung ke Sarawak.
Malam ni Yuni ke KL then langsung ke Penang.
Esok malam Renur ke KL then langsung ke Johor.

Jadi yang tinggal siapa? :'(
For those yang dah ikuti setiap entry blog cinonet aku sepanjang 2 bulan lebih ni,
mybe dah sedia maklum betapa akrabnya kitorang.
Akrab lah sebab lepas je kitorang tamat asasi bulan 3 macam tu, sampailah bulan 8 ni.
Asal keluar,sama-sama. Asal sedih sama-sama. Asal ketawa pun sama-sama.
Banyak dah kitorang lalui sama-sama.

Aku tak nak cakap panjang-panjang.
Sebab setiap ayat yang aku keluarkan pun belum tentu dapat mengekspresikan apa yang sedang aku rasakan sekarang. Entah. Masa aku kehilangan seseorang yang sangat berharga taklah aku frust macam ni. :3

Jadi, untuk RainurFatini:

Aku mungkin bukan kawan yang terbaik. Tapi aku dah cuba sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik untuk kau. Aku nak share setiap detik dengan kau dan aku nak cakap kat kau. Aku sangat sangat menghargai kehadiran kau sebagai kawan aku dalam hidup aku. Aku sedar yang kita dah terlalu banyak habiskan masa bersama lepas asasi ni kan? Sebab tulah kot aku rasa kita liat nak lepaskan each other. Aku hargai saat kita share masalah. Nangis sama-sama. Ketawa pun sama-sama. Setiap petang kita jalan satu kampung. Makan megi sama-sama. And bincang pasal masa depan pun sama-sama. Frust tertunggeng pon sama-sama. Eksiden petang tadi pon sama-sama -_-. Pokoknya setiap aktiviti kita sama-sama. :') Penting untuk kau tahu. Aku sayang kau.

To Renur's future roomates/housemates/classmates/groupmates:
-Assalamualaikum. Hai :) . Nak mintak tolong sangat-sangat. Tolong tengok-tengokkan Renur bagi pihak ibubapa,family dan saya boleh? Dia mungkin nampak lembik tapi dia kuat. :) Jiwa dia kental. Dia panas baran sikit. So saya harap korang bersabarlah dengan dia okey? Tapi dia baik. Dia boleh jadi pendengar setia, penasihat tegar. Dan, dia cerewet sikit bab makan. Banyak penyakit. So saya harap setiap kali dia sakit, korang boleh jagakan dia. Terima kasih. Saya harap boleh harapkan korang. Be nice eyh :) Thanks korang!

Move to Nadhira

Kau nampak lemah diluar tapi Allah je tahu betapa kau kuat dalamannya. :)
Renur matang. Tapi kau manja. Matang dalam manja. Setiap kali kau buat lawak bodoh/ being a childish, sumpah. I'm gonna miss you badly because of that. Kau selalu bagi dorongan untuk aku. Kau selalu ada dengan aku. Kau selalu bawak aku jalan-jalan. Kau setia kawan. Aku hargai sangat. :'(
Setiap momen dengan kau adalah momen-momen terindah. Tak tipu. Kita takkan terpisah. Ingat tak? :')

To DeeDee's future roomates/housemates/classmates/groupmates:
Assalamualaikum and hai peeps. :) Tolong jagakan Deedee bagi pihak family dia dan saya boleh?
Dia mybe ada habit yang korang tak senang. Tapi dia bukan jenis yang akan susahkan orang lain. InsyaAllah. Dia boleh jadi geng gila-gila time dia gila-gila. And sebab perangai dia macam tu orang senang dengan dia. Dia pandai bagi nasihat dan alhamdulillah dia pandai ikut nasihat dia sendiri. -_-. Dia kadang-kadang boleh jadi manja. So prepare jalah. :) Tu je kot. Thanks korang :'D

Last one, NurulAyuni

Dulu kita tak lah rapat sangat kan :) Lepas kita habis asasi lah i guess kita makin rapat kan?
Buat cupcakes sama-sama rumah Yun. Wani takkan lupa muka Yun, time buat cupcake tu. Haha. Serius. Nak gelak pun ada. Tapi, lupakan pasal masa. Tak kira kita baru kenal ke dah lama kenal ke. Tak ada alasan kita takleh rapat kan? Wani sangat menyenangi Yun sepanjang kita akrab :) Masa hanyalah angka. As long as kita dapat get along, semua tu tak jadi hal kan? Terima kasih untuk segalanya Yun :)

To Yun's future roomates/housemates/classmates/groupmates:
Assalamualaikum and hai korang. Tolong jaga Yun bagi pihak family dia dan saya boleh?
Yun manja sikit,dia lembut. Dia baik. :) 
Harap korang boleh get along sama-sama dan saling menjaga. Thanks korang :')

Puan mama aku cakap 
"Ya Allah. Diorang baru nak pegy further study je kot. Bukan nak kahwin. Macam lah takleh jumpa dah pasni. Emo semacam je."

Yes. Aku emo. Kenapa? Entah. :(
Iloveyou Jemah's geng.
Us. Forever :) InsyaAllah.
Please take care of yourself. And I wish all of you the best.
Study hard, enjoy your life while you can. And be nice with people.
I hope Allah gives you good friends,and teachers.
Remember. Life at campus is awesome. And sometimes it can be so cruel. So
take care. And handle yourself in the right path. The path that bless by Allah. InsyaAllah :)
Till we meet again. This goodbye is not means forever.
*this message is not only for them. It is also for those who will further their studies :)
goodluck peeps. May Allah bless you and gives you the best.Amin 

Don’t be dismayed by goodbyes. A farewell is necessary before you can meet again. And meeting again, after moments or lifetimes, is certain for those who are friends.~ Richard Bach


Till then. *kesat hingus*
thanks for reading


Wednesday, 29 August 2012

Wordless Wednesday #5

Assalamualaikum


Rasulullah SAW pernah bersabda:
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah
pula terletak pada kemurkaan ibubapa.

p/s: Dapat peluk erat mama awak hari tu pun alhamdulillah. Thanks sebab jemput saya. Mybe itu yg terakhir.Your   mother,your granny and your sister are totally awesome that day. Be happy with them please. :)

Tuesday, 28 August 2012

Clash, Ex, and Third party.

Assalamualaikum

Puas makan aku guling-guling depan tv.
Puas guling-guling, aku online.
Puas online, aku makan balik.
Lepas makan balik, aku tidur.
Lepas bangun tidur, aku online balik.
Lepas tu jumpa ni


Lama aku fikirkan idea untuk entry ni. Akhirnya,
okey puan  cik HidayatulHuda, saya update sekarang jugak! :)

**
Sejak akhir-akhir ni kan..
dah jadi trend kot aku boleh cakap kat dunia maya ni.
bila kita clash dengan pakwe kita, selalunya makwe baru dia akan stalk kita.
Yes. Memang ini trend sekarang.
Aku pun tak tahu apa motif sebenar makwe dia wat camtu.
Mungkin nak buat comparison kot.
Atau lebih tepat lagi nak 'scan' personaliti kita.
Nak cari tahu siapa yang mula buat onar sampai boleh clash.
Nak tanya pakwe sendiri, takut makan kaki. -_-

Tapi kan,..stalk stalk lah jugak.
Stalker bijak takpe. Tak tinggal kesan. Yang aku kesian, stalker yang tinggal jejak macam ni 

Bila kita log in facebook, tengok ada 300 notifications.
Siapa tak terkejut yedak?
Feeling-feeling popular kejap. Tapi hampeh bila bukak,
semua notifications semua tu, hanyalah dari stalker terhebat yang tinggal jejak.
-___- . Yang lebih hampeh, semua komen kita,status kita,dan aktiviti kita dia nak 'like'.
Kadang-kadang terasa lah jugak dia  perli.

Tapi, stalker yang tak mengancam takpe.
Yang aku risau, sampai ada tahap yang macam ni

hah! tahap bahaya kalau ada private number yang mesej, call kita
semata-mata nak kasi warning bahawasanya 'jangan ganggu pakwe aku'.
kes di atas kes parah dah.

Tapi at least kes seperti tu mengancam diri kita dan hanya certain people je yang tahu.
Bahaya kalau ada yang salahguna medium laman sosial untuk serang orang macam ni.
Salah lagi kalau bertujuan untuk memalukan pihak lain.
memalukan pihak lain. Nak suruh satu dunia tahu diorang gaduh.
Tindakan sangat tak bijak.

Bagi aku lah kan, sebaik sahaja kita clash dengan seseorang, secara tidak langsung kita dah terkeluar dari hidup peribadi ex kita. Tak kiralah walau kita masih sayang,cinta suka kat ex kita sekalimanapun.
Bila dah clash, we have no right untuk ganggu private life dia. Dan bagi aku, clash is break up and he remains as your ex. Bila dia dah break dengan kita, dan bila dia ada orang lain, kita kena sedar yang kita memang takkan kembali dengan dia unless takdir yang tertulis 'kita dijodohkan bersama'.

Dan bila kita sedar, kita nak move on. Seriously for our own sake, kita tak mahu awek baru dia atau skandal atau sesiapa yang ada hati kat dia ganggu kita. Apalagi nak menyoal kita tentang hubungan lama kita dengan ex kita tu. Jadi untuk menjaga hati diri sendiri, kita putuskan tak nak layan awek tu. Just senyap. Dengan harapan dia berhenti ganggu kita. Later, she will give up. Dan dia sedar, tak guna dia buat kita macam tu.

Bagi aku, mana-mana gf yang sibuk duk kejar bekas kekasih bf dia are not 100% percaya kat bf dia.
I mean, kalau dia benar-benar cinta dekat bf dia, dia akan percayakan bf dia. Kan?
Buat apa menganggu masa lalu sedangkan masa depan kita menanti?
Cinta ialah tentang kepercayaan.
Hilang kepercayaan, runtuhlah kebahagiaan. :)

"Boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal sesuatu itu sangat buruk bagimu,dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal sesuatu itu sangat baik bagimu. Kamu tidak mengetahui sedangkan Allah yang Maha Mengetahui"
(QS. 2:216)

P/S: kadang-kadang, Allah hantar seseorang ke dalam hidup kita hanya kerana 2 sebab.
Pertama, untuk merubah kita ke arah kebaikan atau keburukan.
Kedua, untuk menjadikan pengajaran agar kita kuat.
Apa pun alasannya, orang yang pernah hadir dalam hidup kita, kita harus berterima kasih pada Allah.
Sebab Allah ialah sehebat-hebat perancang. :')

to sum things up:
for the moment of break up : membuat kita sedar. Sekuat mana kita merancang dan setia, jalan cerita cinta sebenarnya di tangan Allah. Takde siapa boleh ubah

p/s: kes pertama, stalker yang macam tu comel :'D


till then,
maaf zahir batin andai terkasar bicara,terguris perasaan.
thanks for reading! ^^

Tiada pengharapan dari kamu. Hanya pengharapan dari Allah. Moga Dia menjagamu selalu.