Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 16 July 2012

Alhamdulillah, :')

Assalamualaikum

Dulu, masa kecik-kecik. Puan mama suruh aku pakai tudung pergi sekolah.
Masa tu aku fikir leceh la. Kenapa Mei Ling tak perlu pakai tudung pergi sekolah?
Lepas tu, biasalah, dah kekecik tudung pakai,tapi sekadar pakai jelah kan.
Aurat tak tutup dengan sempurna pun.

Lepas tu, masuk standard 3, perasaan malu tu dah timbul.
Malu kalau tak nak pakai tudung, nanti bebudak laki tengok rambut.
Diorang kacau. Hina dan sebagainya.*otak budak -_-

Sekarang dah meningkat dewasa, makin faham. Makin berubah 
Baru lah faham. Kenapa puan mama dan incik abah beria terapkan ilmu 'MALU' dan makin faham erti 'MARUAH'. Yang harus dijaga. Harus dipertahan. Sekeras-kerasnya. Barulah wanita itu dipandang mulia. Di sisi Allah dan di sisi masyarakat pastinya.

Well, I can say
"alhamdulillah. I am the choosen one born in Islam"
Because, Islam is the way of life. 

Dulu masa gelombang cerita Korea menghempap negara.
Kemunculan hero-hero hensem seperti Kwon sang woo, rain bi dan seumpamanya menggugat kegatalan.-_-
Aku ingat masa tengok citer apa entah. Lupa.
Hero mintak hidangan kaki vavi -_-
Aku pun tertanya. Agak-agak diorang kalau melancong kat negara lain, langsung tak risau bab nak makan.
Tak macam Muslim. Mencari yang halal itu wajib. Sepupu aku yang belajar kat Russia cakap halal food is very hard to get. You have to be choosy bab makanan. *serius kesian.
Lepas tu, bila dah dewasa, makin faham. Semua tegahan Allah tu ada hikmahnya. Macam tak boleh makan daging vavi sebab dalam badan vavi tu ada sejenis kuman yang even dimasak pun takkan mampus. Okey. That is scaryyy.. 

sebab, berjuta no-muslim kat luar sana yang berminat dengan ajaran Islam, masih tercari-cari hidayah Allah.
Tapi, aku tak perlu. Lahir dalam rahim seorang wanita dan keturunan Islam. Alhamdulillah :)

Lepas tu, sekarang muncul bab fesyen. Ada sesetengah yang jadi mangsa fesyen.
Sebab fesyen, ramai yang lupa dasar. Serius. Aku sedih.
Bila tengok seseorang yang manis bertudung, tetapi sekarang aurat terdedah kerana fesyen.
Bagi aku, langsung tak salah nak berfesyen. Even sepelik manapun korang nak berfesyen -,-
Asalkan, aurat kita tutup. Bayangkan eyh. Perempuan yang bergaya tetapi at the same time, bijak menjaga maruah dan auratnya. Subhanaallah.Sangat cantik. Sebab,Islam tidak menghalang penganutnya berfesyen mengikut kesesuaian zaman tetapi, pandai-pandailah kita bijak berfesyen kan :)

Dulu, aku pernah la sedih sebab doa aku tak dimakbulkan Allah.
Aku minta itu Dia tak kabulkan. Minta ini pun tidak dikabulkan.
Tapi, dalam kekhilafan aku, aku sedar. Allah dah banyak bagi aku perkara. But, I don't even thanks to Him for the nikmats. *plural okey. haa :D
Then aku sedar. Allah tak bagi apa yang kita NAK. Tapi dia bagi kita apa yang kita PERLU.

Masa sempit, pernah berdoa. 
Ya Allah, kau berilah aku kekayaan yang amat.
Tapi masa tu tak sedar
Allah dah bagi aku akal fikiran, tubuh badan yang sihat untuk aku usaha.
Ouh. Malu malu. Tu pun aku tak sedar apalagi nak berterima kasih.

Aku pernah,
Bangun pagi lupa nak ucap'alhamdulillah'
Allah bagi dua bijik mata besar lupa nak ucap 'alhamdulillah'
Allah bagi wajah yang cantik(tak cacat) pun lupa nak ucap 'alhamdulillah'
Allah beri nasib baik dari orang yang malang, lupa nak ucap 'alhamdulillah'
Allah bagi keluarga yang baik, kawan-kawan yang supportive lupa nak ucap 'alhamdulillah'
Allah beri izin, dilahirkan dalam islam, lupa nak ucap 'alhamdulillah'
Allah bagi masa untuk betulkan silap, lupa lagi ucap 'alhamdulillah'
Allah bagi kekayaan,kepandaian lupaaa nak ucap 'alhamdulillah'

Ya Allah. Khilafnya aku :'(
Malu nak minta apa-apa dah dengan Allah. 

Tapi, tak terlambat untuk berubah kan.
Sebenarnya, satu nikmat bila Allah sedarkan kita dengan apa dosa-dosa silam. ALHAMDULILLAH :)
InsyaAllah, jum struggle betulkan diri sendiri. Just for reminder. For me especially :)

p/s: aku pernah khilaf. Aku nak berubah. Ya Allah, guide me all the way to your jannah.
Please don't let me go astray. Stay by my side. Cause I need you, forever and ever.

till then,
thanks for reading
yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari diri aku sendiri.
Nyte peeps :)


Saturday, 14 July 2012

Coward.

hanya mampu merepek di wall awak.
Tak mampu menegur, apa lagi mengepost.

tulis-tulis panjang-panjang
last-last padam semua.
macam shit.
malu dengan perangai diri sendiri :3

p/s: saya tahu, Allah akan sentiasa jaga awak. Itu doa saya. Setiap hari. 


Friday, 13 July 2012

SEDEKAH

Assalamualaikum

katakanlah (Muhammad) kepada hamba-hambaKu yang telah beriman," Hendaklah mereka melaksanakan solat, menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan secara sembunyi atau terang-terangan sebelum datang hari, ketika tidak ada lagi jual beli dan persahabatan.(14:31)


p/s: Ayuh! Puasa dah dekat. Banyak-banyakkan sedekah jum. :)

1)Senyum itu SEDEKAH
2) Bertasbih itu SEDEKAH
3) Takbir itu SEDEKAH
4) Doa itu SEDEKAH
5) Memberi sebahagian harta itu SEDEKAH
6) Tahmid dan tahlil itu SEDEKAH

Tak susah kan. :)
till then, 
thanks for reading

Wednesday, 11 July 2012

Datin's Club went to bake

Assalamualaikum

Sekali lagi, pedulikan tajuk aku. Aku dari sekolah tadika lagi memang fail bab taruk tajuk. 
Kalau korang perasan, entry aku yang INI , aku cakap plan Datin's Club yang terdiri dari aku, yuni, dira dan Rainur, nak masuk dapur untuk bakar cupcakes. Yeehaa. 

bertitik tolak dari game yang melalaikan -_-
akhirnyaaaaa::::


Kek cawan orea bersalut rasa cinta miaow miaow *eyh ?

Hari selasa minggu lepas, dengan cuaca yang baik, kitorang masuk dapur seperti yang telah dijanjikan.Fuh! ayat giler sastera O,o.Okey, actually it is not went very well lah kan. Sebab ada yang tak pernah masuk dapur (xperlu dimention siapa.kahkah) Tapi so far, alhamdulillah. At least ada yang puji cupcake kitorang best wey. Haha. But seriously I tell you. Bila kita menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang boleh mengeratkan silaturahim dengan kawan-kawan, benda tu jadi sangat fun! even basuh baju sehelai pun.


carta organisasi 
Geng Datin Jemah :)

info tambahan : Aku takleh tahan nak gelak masa Yuni spray krim atas cupcake kitorang. Muka dia serius takleh blah. Dia cuak sebab tak pernah tekan benda alah tu. Akibatnya, cupcake tu dah jadi macam kena sembur dengan pemadam api -_-.
Next plan before the coming Ramadhan, nak masak untuk lunch :')

Hari tu sebelum gerak umah yuni, incik abah aku tanya
"awak nak ajar orang buat kek. Awak sendiri pun fail. Ada hati nak ajar orang. Tapi, goodluck lah. Harap-harap menjadi lah kek awak tu yer"


Incik abah memang. Kalau sedap-sedap aku tengah berangan, dialah yang paling pandai merosakkan angan-angan janin  jenin aku tapi last-last ada jugak kata-kata dorongan. Comel abah aku :'D

till then,

p/s: saper2 yang nak resepi cupcake oreo bersalut rasa cinta miow miaow tu, janganlah segan dan silu untuk pm aku yer. Takde cas tambahan punya. Nak share kat sini, aku malas nak cari resepi tu. Aku lupa dalam beg mana aku letak -,-. Sedap hoholioww. :'p

"SEBAIK-BAIK SAHABAT DI SISI ALLAH IALAH ORANG YANG TERBAIK TERHADAP TEMANNYA, DAN SEBAIK-BAIK JIRAN DI SISI ALLAH, IALAH ORANG YANG TERBAIK TERHADAP JIRANNYA- hadis riwayat al-Hakim






Monday, 9 July 2012

Segmen Makan: Restoran Wau

Assalamualaikum



Siapa yang suka makan sila angguk kepala please.
Haa. Segmen makan ni segmen baru kot. Terfikir idea ni masa tengah mandi 
Macam yang sudah sedia maklum, aku bukan jenis yang suka mengabdikan diri untuk shopping.
Sebab tu aku pantang ada duit dalam poket sikit, perangai aku akan ke kedai-kedai makan. Makan ialah aktiviti paling heaven aku rasa instead of shopping. Even parents aku pun takleh nak marah. Sebab kalau duit aku habis, semua kerja perut aku -_-.

Masa tengah surrvey-survey tempat untuk having breakfast dengan kawan aku,Shiera,
kitorang terparking pulak kereta depan Restoran Wau.
Dia punya banner pun agak islamic sikit + modern. Awesome sangat :D

2 cawan sahabat baik :p
sirap laici + pure laici

Ni breakfast aku.
Roti bakar+mushroom soup
Hiasan: 7/10
rasa: 5/10
harga: okey :)

Shiera punya breakfast
sandwich
Hiasan: 7/10
rasa: 7/10
harga: okey :)

shiera :)

sila abaikan muka aku yang sedikit jakun di situ -,-

So far masa melangkah masuk tu, kitorang dah kagum dah dengan hiasan dalaman dia.
Tapi bila dah duduk, yang membuatkan kitorang tak selesa is bila pekerja-pekerja diorang tengok kitorang macam baru first time tengok orang. Memang tak suka. Takde kedamaian nak makan u olls. Tapi, apa yang boleh kitorang simpulkan ialah, restoran ni not bad lah. Sebab selalu, penuh dan sesak setiap hari. Cuma masa kitorang pergi tu tak berapa busy sebab pagi lagi kot. :p

Oh ya, restoran ni dekat dengan Hotel Grand Riverview. :)
Nak kasi tau alamat, tak pulak amek hari tu. Korang cuba-cuba pusing yer. Yang penting, dekat dengan Farmasi Rimadex. Hihi. *tak membantu langsung -_-

till then, babai <3

Saturday, 7 July 2012

Bercakap tentang masa depan.

Assalamualaikum

"Nor, agak-agak siapa jodoh aku?"
"Entahla. Jodoh kan rahsia Allah."
"Hurm. Kan bagus kalau kita tahu siapa jodoh kita."
"Ish. Kalau kita tahu jodoh kita siapa, takdelah kita jatuh hati dengan orang lain. Terus jumpa jodoh kita, then terus kahwin."
"Kan? No challenge, no lessons."

**randomly**

"Wani, kau nak kahwin bila?"
"Lepas kau kahwin, then baru aku start cari bakal suami"
"Eleh. Aku rasa kau dulu kahwin"
"Takdelah. Aku nak bagi kawan-kawan aku dulu. Aku nak jadi yang last."
"Ouh. Senang la nanti majlis aku kau datang bawak tunang kau sekali"
"InsyaAllah. Tapi ingat janji kita, sebelum kahwin, kita dah jelajah at least 3-4 negara dah.Exactly macam kita planning. Have fun,enjoying our time together. Lepas tu baru boleh terikat dengan komitmen. Eyh?Ingat tu"
"Okeyh. Mula-mula kita travel dengan kawan-kawan. Once dah belaki, aku nak travel dengan laki aku pulak."
"Yelah.Asal kau happy la Nor :) "

**Randomly**

"Aku ingat lepas kahwin aku nak kerja. I mean, kita penat-penat belajar, at least nak jugak nampak hasil dia kan?"
"Yup. Kalau suami kita izinkan, kita kerja. Kalau tak, kita buat bisnes kat rumah jelah"
"Sokong-sokong."
"Yelah kan. Biar kita jadi superwoman. Isteri bekerjaya yang superb. Hebat mengurus kerjaya dan masa depan. Itulah wanita yang bijak. Yang penting as long as kita tak keterlaluan okay lah."
"Yup. Harap-harap kita dapat suami yang baik. Amin"
"Amin"

**Randomly**

Tu antara isi perbualan kitorang.
Cuaca petang tadi redup. Tak panas tak pulak ada tanda-tanda hujan mau turun.
Sambil berbekalkan kudapan berupa asam merah, kitorang meneruskan perjalanan.On the way nak hantar Rainur balik dari tempat makan favourite kitorang, terpaksa lalu jalan kampung. Yelah. Lepas makan, kita makan angin pulak. -_-
Tengah syok-syok duk berbual, tiba-tiba disebalik semak, muncul seekor biawak sebesar buaya tembaga yang kelam kabut mengelak dilanggar oleh Ego S aku. Serta merta aku dengan Rainur:
Lebih kurang cenggini lah reaksi kitorang time tu. Cuak giler!
Sound yang kitorang keluarkan tadi, aku rasa tak perlu aku mention betapa kuatnya kan? -,-
Hampir je nak masuk paya.Emfh3.
Dasaaarr biawakkkkkkkk!



p/s: talking about future with your best friend forever is awesome! :)
or
Having friends that when you feel free to talk about averything without feeling reluctant or shy
are totally beautiful :)
Oh Allah, thanks for this precious gifts. Thanks Rainur, thanks Dira, Thanks Dila and Huda of course. You are the best thing in my life. Love you! :')

Thursday, 5 July 2012

Photographer pilihan

Assalamualaikum.

Waa.. tajuk macam biasa. Nak yang grand-grand je.
Sebenarnya aku bukan apa. Sejak kebelakangan ni, log in facebook je,
penuh kat home aku yang duk tag gamba majlis perkahwinan blogger famous emes yang gojes.

Sis Irine Nadia Marcello. Haaa.. comel sangat dia. 
pic kredit to sis Nisa Kay :)

So habis tang tu. Dulu kan, masa zaman sekolah dulu, ada jugak pasang angan-angan nak jadi photographer. hiks :p . Yelah. Macam best je dapat shoot moment-moment terindah dalam hidup someone. :')
Tapi sebab aku amek course yang berbeza benar dengan impian aku, *sebenarnya aku banyak impian -_- 
Aku simpan je impian aku tu. Mungkin suatu hari nanti, siapa tahu kan? :)

Kalau kita duk tengok sekarang, makin banyak versi photographer yang timbul. Fuh. Zaman dah maju katakaww. Kalau nak review satu-satu company photographer sekarang, memang tak terhitung la seluruh Malaysia ni. Tapi boleh la list yang aku tahu sikit. Antaranya:
-AmirIsmail@Photography,
-PhotoAura Fanclub,
-EyeStudio Photography,
-Subhi Karim Fine Art Wedding Photography,
dan company yang femes ni Cst Production.

So far tu jelah yang aku tahu. By the way, company yang aku list kat atas semuanya most talented. Banyak kali dah keluar magazine, newspaper. Betul-betul holiowww.. Kalau yang berminat, boleh lah berhubung dengan mereka. Harga pun aku tengok boleh lah tahan. Kita kadang-kadang nak benda yang berkualiti nak jadi kenangan sampai tua, sesekali berkorban sikit apalah sangat kan?. Nanti anak cucu kita esok tanya, adalah jugak modal nak diceritakan. Nanti in the future, zaman dah berubah. Manalah tahu kan. Majlis perkahwinan lagi grand. Haaa.. Amekaww.

Tapi ada satu photographer pilihan aku. Aku shoot dengan dia lebih kurang akhir bulan 3 kot. Masa tu aku dengan geng baru merdekaaa dari final exam. Tapi, photographer ni lain sikit tau. Dia memang sangat sporting gila kentang. Sangat sempoi. The most important thing, gambar yang dia shoot, cantik sangat! Korang bayangkan eyh, disebabkan kestressan untuk menghadapi wave of final exam, jerawat kat muka ni. Toksah cakap lah. Buruk bebenor. Tapi dalam gambar, HAHAHA. comel jeww :p

Introducing,..

kitorang panggil dia Abe Faisal.
Korang jangan salah sangka. Memang ni gambar dia. *semua orang cakap muka dia ada iras Remy Ishak.
Aku pun..yelah.. hampir..hurm.. cair jugak. hurm. hurm -_-

Dia dengan roomate aku, dak Dila yang rapat. So habis je last payperrr CTU petang tu, kitorang terus pergi Tanjung Api, dekat sangat dengan kampus Uitm kitorang. Seminggu sebelum tu, masa Dila call dia, nak booked jadual shooting, dia cakap okey. Lepas tahu yang kitorang sebenarnya kekurangan ongkos tetapi tetap bajet retis nak photoshot, dia bagi kitorang harga superr dupeerr drypesss  murah! Hohoholiow. Thanks  Abang Remy. Eyh silap. Thanks Abe Faisal :) 

masa nak shoot gambar ni, abe faisal sampai guling-guling, meniarap atas tanah.
Bila kitorang gelak dia cakap 'nak gambar cantik ke tak nak?' haha. comel je -,-

geng satu kepala :"D


 besties merangkap roomates aku kat kampus :')

Aku ingat, dalam 6-7 tahun lagi, aku akan hire Abe Faisal untuk majlis perkahwinan aku. InsyaAllah.
Dia sangat sempoi.Even kitorang yang kekok, tak pernah shoot dengan photographer handal macam dia rasa rilek je hari tu. Macam dah jadi geng pulak. haha.

So, for those that interested, you can visit their page Pineapple House. Highly recommended :)
Till then, thanks for reading.
Nyte peeps.

p/s: rindu kenangan dengan kawan-kawan :(