Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 21 November 2012

New Chapter :)

Assalamualaikum..

1
2
3
4
5
...................

Background music : Muara Hati

Pertama sekali, aku nak minta maaf sebab lama menghilang. Lama tak update belog.
Dalam otak ni beriban modal dan cerita yang nak diceritakan.
Tapi sebab kekangan masa yang amat mencemburui aku, maka niat itu terpaksa dilupakan.

So, InsyaAllah. Aku cerita mana yang termampu dulu sambil jawab beberapa soalan dari kawan-kawan yang tak sempat aku reply chat,mesej diorang. 

"Wani, kau belajar kat mana sekarang?"
-Alhamdulillah. Aku sekarang dapat sambung belajar course yang sememangnya aku nak dari dulu lagi.. Currently in Dungun, degree in hotel management. Memang. First orang yang rapat dengan aku terkejut. Course ni memang jauh berbeza sangat-sangat dengan apa yang aku belajar masa kat asasi Tesl dulu. Atau memang boleh dikatakan langsung tak ada kaitan. Well, what to do. I loves what I'm doing right now. Alhamdulillah. Ada jugaklah mulut-mulut bising kat belakang yang cakap
"Eleh. Setakat Hotel Management, course senang je tuuu.."
To those yang cakap macam tu, aku boleh cakap yang aku langsung tak kisah apa yang diorang nak cakap. As long as I'm happy and as long as I can success in this field, apa aku kisah dengan suara-suara sumbang kan? :) 

"Wani, macam mana hidup kau kat Dungun? Best tak?"
-Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Allah permudahkan segala urusan aku kat sini. Dari first day aku sampai kat sini, dapat classmates,groupmates,roomates yang sangat OHSEM! Kalau stress,keluar dari Uitm tu terus mengadap pantai. OHSEM! Kawan-kawan kat sini pun alhamdulillah. Just nice to me :') Lecturer, pun banyak yang OHSEM! haha. Tetibe aku rasa macam sedang buat iklan promot Uitm -_-".

"Wani, kat sana kau kena hidup tough sikit. Kau tak berapa sihat. Kau okey tak?"
- :) Alhamdulillah. Tak sihat pun Allah masih beri aku kekuatan. Letih tu of course. Student degree bukan macam student foundation dulu. Selalu ada banyak leisure time. Yelah. Degree ni kena tough sikit! :)

"Kenapa lama menyepi? FB jarang online. Blog lama tak update. Memang niat nak menyepi terus?"
-Sarcastic giler soalan ni. HAHA. First of all, lappy aku ada masalah dengan internet. Second, macam aku cakap tadi, life as a degree student a little bit tough for person like me. Aku sedar kalau aku layan FB 24 jam macam mana masa kat asasi dulu, alamatnya tak dapatlah nak sukses dengan jayanya. So, better aku kurangkan sikit. Bukanlah aku tak bukak langsung. JARANG. Aku online. Korang giler? Ingat aku ni spesis yang boleh hidup tanpa internet?-_-". Tentang blog, memang sejak aku sampai kat Dungun, langsung aku tak update. Sebab takde masa. Esok takde kelas, so malam ni baru dapat update.

"What is your currently relationship status? Kata bertunang? Dengan siapa?"
- Soalan ni soalan masa aku balik awal muharam hari tu. Ramai jugak lah tanya.Kawan-kawan kat asasi dulu, kawan-kawan sekolah dulu. Gara-gara aku yang lama menyepi kat Fb, then tetibe update status bertunang. Hahaha! Tak tahan ramai yang wish congrats kat aku. Termasuk kawan-kawan along aku! :p
Kepada kawan-kawan tersayang, saya masih lagi single. Takde tunang-tunang ni. Belum jumpa lagi hero ketiga dalam hidup. Just pray for me :)

So, tu adalah antara pertanyaan-pertanyaan common among my friends yang baru sekarang aku dapat jawab. Sorry :'(
.Aku dapat jawab tu jelah + sekaligus merumuskan life baru aku sekarang. My new chapter :)


"Siapa saja orang di dunia ini yang kekasihnya Aku cabut nyawanya kemudian dengan cubaan yang Aku timpakan ini dia (bersabar dan) mengharap pahalaKu, nescaya Aku ganti dengan syurga. (Al-Hadis)

p/s: Tolong selamatkan saudara-saudara kita di Palestin dengan doa dari kita setiap hari. :'( 

Till then,
InsyaAllah update lagi.
Entry kali ni takde gambar. Sengaja nak bagi korang rindu art-art aku. (padahal tak ada masa nak melukis)


meet my driver, my grandma, my loves one, my everything and above all, my friends :)
we have been together since 2005 until..forever.InsyaAllah. Her name is Shiera.
The sweetest friend ever

No comments:

Post a Comment