Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday 30 June 2012

Speechless

Assalamualaikum

Cannot say any words.
Totally speechless.

First of July 2012
Someone hits my chatbox while i'm struggling to bake new cupcakes in CafeLife -,-


the girl who cannot be named

to that girl:
-Please never ever drag me again to my past. Here I am now. In 2012.
I want to live just like an ordinary person. I have already left the past. He is my past. 
Whatever you want to do with him, don't drag me. I'm just someone who remains as a memory of him.
If you want me to wish both of you happy, then goodluck.

p/s: never disturb me anymore. I know you are reading this. This is not the first time you asked me. It is just me don't want to warn you.But this time, totally I'm sick of you. If you find it hard to concern about other people, then just keep silence. It is better darling. 

p/s: sometimes when someone keep bringing up past, it hurts a lot.

Friday 29 June 2012

I was being proposed. For only few minutes.-,-

Assalamualaikum.

Tadi kan.. tadi kan..
Aku tidur petang. Lepas jumaat dan masa aku taip entry ni, 
haa.. aku baru bangun ni. -,-
 Aku dilanda demam yang sehebat ombak rindu sekarang.Hidung merah,
air hidung laju je turun macam air terjun gunung everest. Jap.Everest ada air terjun eyh? O,o
 Sila jangan pedulikan hiperbola aku.
Ingat aku nak tidur sampai ke esok je. Tapi, ada seseorang yang menganggu mimpi indah aku bersama abang zizan yang baru nak dating dekat Korea sob sob..Y_Y

29 Jun 2012

Mesej ni kejutkan aku dari lena :'p
Masa  bukak mesej tu, jantung aku berdegup kencang dup dab dup dap
Then, dengan muka lebih kurang macam ni lah aku cari puan emak aku kat dapur.


"ma! kenal tak nombor ni?"

"Tak. Kenapa?"

"Nah. Cuba baca mesej dia"

Mak aku baca. Then, secara tindakan refleks kami pun :


dan puan emak tanya lagi

"siapa? *****? *****? ****?" sambil mula meneka dengan meyebut nama skandal-skandal aku -,-
(Bakal suami, saya serius. Saya takde skandal. Rekod saya bersih :p)

Haha. Aku dengan muka terpisat-pisat, taip mesej. Balas mesej 'saudara' itu :)

*the true story*


Masa aku baca mesej reply dari 'saudara' tersebut,

kikiki. Dia salah send daaaa *gelak sopan* 

So, aku dengan tenang buat rumusan. Mesti lelaki tu tak sabar-sabar nak bagitahu buah hati 
dia bahawasanya dia nak masuk meminang minggu depan sampai tak sempat nak check nombor buah hati dia betul-betul dan dengan penuh keyakinan, dia menekan butang send dengan perasaan lega ibarat melepaskan kentut yang ditahan semenjak semalam :')
So suwett. Moga-moga urusan mereka dipermudahkan.Amin..

heee. AAAAA jelessssss >,<
okei.babai! <3

Wednesday 27 June 2012

Wordless Wednesday #2

Assalamualaikum


p/s: one question. err.. who are you mr? *clueless*

Monday 25 June 2012

i'm just nineteen!

Assalamualaikum.

Semalam, aku pergi farmasi dengan besties aku, rainur.
So, masa tengah cari ubat tu, rainur bisik kat aku

"Eyh, bukan ke tu teacher suriani? teacher kita masa darjah enam?"

Aku angguk. Then lepas bayar, aku terus meluru, hug teacher.
Nasib baik dia masih ingat aku -__-. Kalau tak memang malu la kan.
Bayangkan aku meluru pergi peluk dia, tiba-tiba dia cakap

"err..awak ni siapa?"

silap-silap 7 keturunan aku malu dengan tindakan aku.
Okey. Habis.
Then biasalah kan bila dah lama tak jumpa,.. macam-macam lah dia tanya
Antara soalan common yang ditanya:

"Belajar kat mana sekarang?"
"Buat apa sekarang?"
"Apa plan lepas ni?"

Soalan-soalan tu boleh lah aku tahan lagi.
Dah tiba-tiba pulak dia cakap macam ni:

Part ni yang tetibe aku takleh tahan. Serious!
Then aku cakap lah

"Ish cikgu ni. Ke situ pulak. Lambat lagi."
"Lah lambat apanya. Boleh kahwin dah ni.Kenapa? Tak nak kahwin?"

Terkedu aku. That time rasa osofegus aku stuck.
Hari tu pun masa aku pergi sekolah lama aku, cikgu aku tanya jugak

"Hai wani. Ni datang nak bagi kad ke? Jadi eyh dengan w**** tu?Bila tarikh nye?"

Tu belum sempat aku cakap apa-apa.Baru nak bukak mulut, terus aku diserang macam tu. -,-'
Aku pun tak faham kadang-kadang.
Kalau kita nak kahwin awal, orang cakap

"Tu gatal nak kahwin awal. Buat kerja tak elok la tu. Entah-entah ada apa-apa"

Kalau kahwin lewat pun ada kata-kata sumbang jugak

"Nampak sangat tak laku. Tu lah memilih sangat orangnya."

See? Haa. Aku pun tak tahu nak kahwin umur berapa. Sempat ke aku hidup sebelum kahwin.
Tapi kadang-kadang kelakar jugak cikgu-cikgu ni.
My dear teachers, Yes I want to get married. Just wait for my walimatulurus okey?
When its the right time for me, InsyaAllah. Thanks for always pray for me. :')

Entahlah. Aku rasa sangat beruntung. I have a happy family, supportive friends and amazing teachers that love me so much. And of course. They all come with the wills of Allah. Hebat sungguh nikmatmu Ya Allah. And I do believe love after married will lasts forever. :)

Janji Allah, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya.
Nak lelaki yang soleh untuk membimbing aku ke jalan Allah, aku kena jadikan diri aku solehah dulu.
Sedang memperbaiki diri dulu untuk melangkah ke alam baru, dunia baru.
Doakanlah aku temukan jodoh yang baik. :)
I'm just nineteen kot. Tunggulah 5-6 tahun lagi. heee :'D

till then,
thanks for reading 

Awak, this is for you

Assalamualaikum.

Hidup ini bagaikan layang-layang.
Bila angin membadai ia terbang mencecah awan..

Dah. Tak perlu rasanya aku berombak rindu kat sini. Nehi nehi nehi vo nehi hey
Sambil eleng-eleng kepala gaya Savastri dalam panggung Sabtu**
Hari ni 25 Jun 2012. 
Seseorang tu dah pergi further study dia. Kot. Hope so.
Aku dah kehilangan kepakaran yang amat untuk memegang title Stalker terhebat. Penat. HUUU

Mood sekarang: Heartless . Eyh?-,-
Arghh.. pedulikan aku.
I love him. 
Tapi, orang cakap, kalau kita sayangkan orang tu, the best thing yang kita perlu buat ialah DOA.
Yes. Aku akui,.. kuasa Doa itu sangat hebat. :'D

"Doa kepada seorang muslim terhadap saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan sahabat muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu 'Amin!' engkau juga beroleh manfaat yang sama (Riwayat Muslim)"



"Ya Allah, Kau ampuni segala dosa-dosanya, dosa kedua orang ibu bapanya.
Kau bantulah dia dalam setiap pekerjaannya Ya Allah.
Kau permudahkanlah setiap urusannya. Kau kurniakanlah rezeki yang baik kepadanya.
Kau temukanlah dia dengan rakan-rakan yang baik, guru-guru yang menyenanginya.
Kau lindungilah dia Ya Allah. Berikanlah dia kesihatan yang baik agar dia tetap kuat untuk menjalani kehidupan barunya.Rabbana atina fir dunia hasanah. Wal firahirati hasanatan wakina azabanna.Amin"

Allah, tolong jagakan dia selalu. Jadikan dia orang yang selalu bersyukur dengan nikmat-Mu"

Awak, this is the only thing that I can do for you. Pray for you. Always.
I'm not Yuna. So I cant' give you stars and moon.
And my love for you is not like hers. 'Terukir di bintang'
But my love for you only God knows. How great it is.

Till then,
thanks for reading :')

Saturday 23 June 2012

Unik kewww??

Assalamualaikum

23 Jun 2012
4:04 p.m

Bunyi mesej masuk.Slide Samsung Corby II aku tolak.

"darl, lets hang out. Rindu giler kat kau. ^^"

Aku terkedu. Dalam hati tengah struggle. Nak bagi alasan apa ni??
Argh. Butang reply aku tekan.

"Sorry darl. Aku tak sehat. Selsema. Next time eyh? ^^"

Terus aku switch off terus henfon. Aku alih pandangan ke meja. Aku lihat Nose Pore Tape kat meja solek.
Masih berbaki.

Terus, mindaku menerjah kejadian malam tadi:

**flashback**

22 Jun 2012
8:09 p.m

Nose Pore Tape berjenama Watson aku rembat lepas mandi. Hidungku yang comel segera ku gosok perlahan. Segala jenis instructions kat belakang plastik aku pastikan semuanya aku patuhi. Tekadku satu. Black pore yang menerjah menganggu gugat kejelitaan   penampilan aku, harus segera dihapus.!

Beberapa minit kemudian, di hadapan cermin aku senyum lega. Apa yang perlu aku lakukan ialah tunggu selama sejam ke, setengah jam pun cukup kot.

this is how do I look last night. Feeling-feeling princess gituwww -,-

But, little did I realized that I had black pore on my forehead. Is it possible? -_-
Well, frankly speaking, I really don't know. *nampak sangat malas jaga muka -_-
Then masa tu aku fikir

"Ya Allah.. ni takleh jadi ni. Macam mana kalau nanti jumpa bakal suami dekat area-area masjid. Dia tengok semua ni. Arghh.. takleh jadi. Penampilan harus dijaga! Orait."

Lepas tu, aku koyak lagi satu nose pore tape tersebut lalu dengan penuh berkeyakinan aku tepek benda tu on my forehead. Lagi sekali hati bernyanyi riang. 

TAMAK -,-' *please don't try this at home. Trust me. I really meant it.


Lepas cukup sejam pakai benda alah tu, masa tu mata bukan main mengantuk lagi. Time to remove this things off. Aku pun tanggalkan jelah. Later, ::

trust me. This is how do I look. From now on Y_Y
Aku tertepek benda tu kat atas kening aku. Gatal lagi nak feeling memandai macam tu.
Sekarang, nah amek! separuh bulu kening aku tercabut sekali dengan black pore brengsek tu.

MODE: Stay at home. Tunggu bulu kening tumbuh balik baru leh berhadapan dengan masyarakat -,-
LESSON: Dah kat atas tu dah tulis benda tu untuk hidung, yang kau lembab pakai kat dahi kenapa? Pehal kau wani? Cari nahas?

Lepas aku citer hal sebenar, the whole family gelakkan aku.
Alah.. biarlah. Aku rasa aku unik. Hah! Kau ader? kehkehkeh.

till then,
babai :)

p/s: Ini kisah betul. Sikit pun aku takde edit. -,-

Wednesday 20 June 2012

wordless wednesday #1

Assalamualaikum



"kadang-kadang bila perempuan jeles, sangat menakutkan.
 Tapi disebalik muka menakutkan itu, terserlah seribu kemanisannya (Hazwani, 2012)

Tuesday 19 June 2012

Entry dewasa: Jom kahwin!

Assalamualaikum

Pedulikan tajuk aku untuk hari ni. Kalau mak aku baca blog aku,
confirm aku tak sempat sambung belajar dia paksa nikah. Tajuk bukan main gatal.
Alaa.. aku ingat nak buat tajuk ala-ala 'Jom masuk U!". Baru excited sikit.
Woi!Kau pehal wani?-_-

Aku perasan semenjak dua menjak ni kan,
Kawan-kawan seangkatan aku dah ramai yang tinggal title 'cik' mereka kepada 'puan'.
Awal tahun ni, besties aku since standard 3, Ecah kahwin. Paling suwet, dia kahwin pada hari jadi aku. Terharu aku. :"p
Disebabkan aku tengah struggle nak prepare for exam hari tu, dia terpaksa sudahkan preparation pelamin,hantaran sendirik. hikhik. Hari tu beria sangat aku nak tolong. Tahu tak makna excited+happy tengok kawan-kawan kita nak mulakan hidup baru? hehe.
Then nasib baiklah hari raya cina jatuh tepat pada 23 januari 2012. 
Aku terus menggigihkan diri untuk pulang ke kampung halaman.
Alhamdulillah. Aku bahagia tengok dia hari tu. Dulu masa sekolah rendah, dia selalu buli aku. 
Tapi since dah kahwin nak ke taknak ke terpaksalah dia berlembut sikit. eyh ? -,-


giler comel dia hari tuh. *sambil gosok skrin komputer*

**
then to the latest one.
Kawan aku since standard 6.
Dia kahwin 16 Jun hari tu. :)

Dulu masa kecik, aku cakap
"banyak-banyak geng kita, aku rasa Mira akan kahwin dulu"
And yes. Jodoh dia sampai awal. Fuh.. Dua kali jeles aku. -,-



Oh ya! Hujung bulan ni blogger comel+femes, Irine Nadia Marcello pon nak mendirikan masjid dengan incik tunang dia. Sama padan sama cantik. :)
Semalam aku bertweet dengan dia. Haha. Syok giler tengok dia happy semacam.
Sambil baca tweet aku mengeleng. Comel je irine :p


oh happy tengok orang kawen! >,<


Aku nak wish pada semua bakal-bakal pengantin dan pengantin-pengantin baru kat luar sana.
Selamat pengantin baru, sekaligus
selamat memikul tanggungjawab baru
selamat memegang title baru
selamat memulakan kehidupan baru
selamat memikul tugas baru
selamat berbahagia.

"And they live,happily ever after" ^_^



This is the reality of life :
*this doodle 100% owned by thisistherealityoflife.blogspot.com. nak amek silakan, tapi kredit ke blog ini. Terima kasih :) *

till then,
thanks for reading.
Nak bincang ngan mak pasal kawen jap. boboi! :D


Monday 18 June 2012

La Tahzan # cara mengubati hati yang sedang berduka

Assalamualaikum

Manusia dengan cinta, memang tidak asing.
Sudah menjadi lumrah kita untuk mencintai dan dicintai.
Tetapi walau sekuat mana cinta kita dan si dia, jika bukan tertulis jodoh kita dengannya di Luh Mahfuz,
kita memang tidak akan bersatu jua.
"jodoh itu rahsia Allah"

Sekuat mana kita berpegang,
sekuat mana kita bertahan,
sekuat mana kita setia,
seteguh mana kita mencintai
jika dia bukan milik kita, kita harus akur.
Siapa kita untuk menidakkan takdir?

Jadi, kepada sesiapa yang sedang frust bertunggeng, putus cinta kat luar sana,
this entry is for you.
Mari kita handle perasaan sedih kita dengan betul.

1) Baca Al-Quran
-Ini sangat penting. Bila hubungan kita dengan orang yang kita cintai terputus, inilah masa untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah, yang selalu mencintai kita, tanpa alasan. Al-Quran adalah penyembuh hati yang sedang berduka. Baca, faham dan amal. InsyaAllah :'). Tiada bacaan yang lebih mendamaikan selain bacaan suci Al-Quran.

2) Usrah
- Ini sedikit sebanyak dapat mengalih perhatian kita daripada mengingati perkara-perkara yang boleh menyedihkan kita. Usrah juga dapat merapatkan silaturahim kita sesama Islam disamping mendekatkan diri dengan Allah.

3) sibukkan diri 
- If we are alone, we are tend to think about him/her, then get yourself busy.
Why not siapkan assignment lebih awal? study lebih kerap? atau melakukan sesuatu yang boleh buat kita lupakan dia. InsyaAllah lama kelamaan, perasaan rindu,sayang itu makin pudar dan terus hilang.

4) Menabung
- Jika dulu, pagi top-up 10 ringgit, petang terus tinggal 0 sen.
Jika dulu dapat biasiswa, bawak awek/ pakwe keluar,belanja itu ini.
Sekarang dah clash, gunakan peluang itu untuk menabung. Top up jarang-jarang. Call/mesej orang lain time perlu.

5) motivasikan diri sendiri
- pegang dada kemudian gosok-gosok sambil cakap positif.
Ni yang selalu aku buat and so far, alhamdulillah. :')

6) Belajar memaafkan dan melupakan
- Jika dulu dia insan yang menggembirakan kita, tetapi sekarang tak lagi.
Tapi jangan jadikan itu alasan untuk membenci. No matter what happen, dia tetap seorang yang pernah hadir dalam hidup kita dan merubah kita. Bila kita belajar memaafkan, kita akan melupakannya. Perlahan-lahan. Tak guna menyimpan dendam. Itu akan menyakitkan kita lagi. There's no point to defend your ego. Seriously

dan yang terakhir!
 7)percaya pada takdir Allah.
- Tanamkan dalam hati bahawa ajal,rezeki,jodoh kita sepenuhnya di tangan Allah.
Jika dia berkehendakkan sesuatu, maka terjadilah. Kun fayakun.

Kita kena ingat bahawa setiap pertemuan kita, adanya perpisahan.
Dan disebalik perpisahan, tersembunyinya seribu hikmah.
Allah menemukan kita dengan orang yang salah sebelum kita menemukan orang yang benar-benar ditakdirkan untuk kita. Jangan bersedih. Pandanglah pengertian 'single' itu dengan kacamata baik.
Dengan single, kita dapat dekatkan diri dengan Allah.
Bersyukurlah apa adanya. 

Till then,
yang baik datang dari Allah, yang buruk itu datang dari kekurangan diri aku sendiri.


Sunday 17 June 2012

frust itu kecewa

Assalamualaikum

"Laa Yukallifullaahu Nafsan Illa Wus'aha "
(ALLAH tidak akan menguji seseorang diluar kesanggupannya).

Hari ini aku kecewa. 
Aku tengok tweets dia dengan sahabat baik aku.
Dia meluahkan segala kekecewaan tentang sesuatu.
Kelakarnya,aku hanya sekadar memegang title 'stalker' terhebat.
Trust me. I have my own reason.

Being someone who can take care of her loves one from distance is not cool. AT ALL :3
And I know that he is so frustrated, so am I.
Dear awak,
Saya tahu keadaan sekarang sangat sukar.
Tapi awak jangan risau. Kawan baik saya akan selalu disamping awak.
Menggantikan posisi saya.

Believe me,
this is just a Cubaan from Allah.
Remember? Everything is happen for a reason.
Saya sangat yakin, bila kena masa yang sesuai, Allah akan memberikan awak sesuatu yang jauh lebih baik dari apa yang awak bayangkan. Jangan lupa, doa itu perlu.
Saya selalu doakan awak, dari jauh.

Kecewa itu perlu apabila kita terlalu menginginkan sesuatu tetapi gagal untuk mengecapinya.
Tetapi jangan jadikan kekecewaan itu sebagai suatu batu penghalang untuk awak bangkit.
Usaha,doa dan tawakal. 
Allah tidak memberi apa yang kita mahu, tetapi dia memberi apa yang kita perlukan. :)

Saya sangat mengambil berat tentang awak, kehidupan awak.
Saya juga mahukan yang terbaik untuk awak.

dear awak,
selamat berjaya sayang.
Please be happy.

till then,

Tuesday 12 June 2012

A fresh start for a new beginning

Assalamualaikum.
Pagi tadi lepas bangun, mandi, then terus grab a bite.
Lepas breakfast, terus godek-godek facebook, log in twitter, read s few blogs.
Biasalah kan, dah namanya penganggur, tu jelah kerja hari-hari.

Tengah syok godek-godek facebook, tiba-tiba mulut ternganga baca satu status kat facebook
yang lebih kurang berbunyi macam ni :

"Okey, here's the thing. I thought budak sekolah agama ni baik-baik semuanya,
rupa-rupanya hampeh! Tak padan dengan tudung labuh!"

Mula-mula aku rasa macam nak tekan je button comment tu. Nak je komen,

"Kau pehal! Tudung labuh ke tak ke, bukan mencerminkan peribadi mulia. Kenapa kau nak salahkan tudung labuh pulak?"

Tapi aku sabarkan diri. Kalau aku serang dia memvavi buta macam tu,
secara automatisnya aku pun 2x5 macam dia. Secara langsung, aku sedih dengan mentaliti masyarakat dunia hari ni. Kalau nak tegur, terus guna cara yang salah. Apa salahnya tegur elok-elok. Bukannya memaki macam tu kan?. Fikir-fikir balik,arus pemodenan dunia sekarang makin membuat kita, masyarakat yang makin rendah nilai integriti, moral dan etika. Mostly, masyarakat dunia sekarang, rasa sedih sikit, luah kat facebook, twitter. Rasa nak cari gaduh pun guna medium yang sama. Aku tak menuding jari kepada sesiapa. 


source: Twitter ustaz azhar idrus

So, this is the reality of life,
Kita selalu menghukum tanpa menyelidik. Kadang-kadang kita ingat kita dah cukup baik.
A little did we realize, sebenarnya kadang-kadang pelacur itu lebih baik dari kita sebab dia beri makan kat anjing,kucing yang kelaparan kat luar sana. Siapa ada hak nak hukum kita? Only one and only God, Allah S.W.T . Selamat beramal. 

#pesanan untuk diri sendiri juga :)
wallahualam. 
thanks for reading,
June. A fresh start for a new beginning. Hope so. Ya Allah, guide me to Your way.