Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday 20 April 2013

Tepuk dada tanya hati :)


Asslamualaikum.

KADANG-KADANG :

1) Bila kita sakitkan hati orang, sebenarnya, yang lagi sakit ialah hati kita

2) Bila kita bagi nasihat pada orang lain, sebenarnya kita sendiri tak ikut nasihat diri sendiri.

3) Bila kita dengki/ tak puas hati/ sakit hati dengan orang lain, kita sebenarnya akan jadi lagi mundur dan takkan maju sampai bila-bila.

4) Kita tak sedar bahawa setiap ujian yang Allah datangkan pada kita, semuanya ada hikmah. Tapi kita masih persoalkan
"Kenapa mesti aku?" "Kenapa jadi macam ni?"

5) Kita rasa tak ada orang respect kita, tak ada orang jaga hati kita. Tapi kita tak pernh muhasabah diri kita sendiri. Tanya diri kita sendiri.
"Selama ni aku ada hormat orang tak?" atau "Selama ni aku ada sakitkan hati orang tak?" atau "Selama ni ada tak aku jaga hati orang yang jaga hati aku?"

#SELF REFLECTION.

"manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (bermimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar)"
(Saiyidina Ali)

Pesan untuk diri: Hubungan dengan Allah kena jaga. InshaAllah Allah jaga hubungan kita dengan manusia.

Till then,
*cuti mid sem pun banyak kerja nak buat y_y




No comments:

Post a Comment