Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday 6 July 2013

Don't Forget to Falling In Love with Yourself First :)

Assalamualaikum.

Aku ada beberapa perangai yang aku rasa aku bertuah memilikinya -,-'.
Contoh bila aku rasa down, upset tak tentu hala, sakit hati dan pelbagai lagi penyakit hati yang kebanyakannya datang dari syaitanirojimmmmm, I'll fixed myself immidiately.

Contoh bila aku sedih, aku akan cepat-cepat cari punca kenapa aku sedih dan bila aku dah tahu kenapa aku sedih, aku terus cari jalan untuk keluar dari kepompong kesedihan tu. Aku banyak muhasabah diri, then aku download banyak-banyak kata-kata semangat sampai aku rasa termotivasi dengan those words. ececeh. :p

"The happiest person does not necessarily have the 'best' things. They simply appreciate the things they have"

Aku sekarang amalkan 'bulan menghargai diri sendiri' .
Kawan aku selalu cakap 'wani, sebelum kau sayang orang yang tak reti nak hargai kau, apa kata kau belajar hargai diri sendiri dulu? so bila orang buat jahat dengan kau, kau taklah makan hati sangat sebab kau kuat.'
Yes. Bila fikir balik sebenarnya betul jugak tu. Korang pernah tak at least sebulan sekali beli something untuk diri korang sendiri? I mean HADIAH? A GIFT? .Pada yang cakap
'Maksud kau wani, yang beli baju 10 pasang sehari, beli kasut 300++ pasang sebulan tu eh?'
Tak tak nehi nehi ya. Itu bukan hadiah untuk diri sendiri, itu nafsu serakah syaitanirojimmmm namanya -_-"

What I'm trying to say here is, kadang-kadang diri kita perlukan penghargaan.
Pernah kira berapa kali kita lalui kesukaran? Contoh bila kita berjaya buat satu keputusan yang boleh mendatangkan kegembiraan pada orang lain, bila kita berjaya jawab test, bila semua selesai submit project, assignment on time? Bila birthday orang lain, sibuk nak belikan hadiah, tapi kalau part diri sendiri buat dek je. Maka mulalah keluar kata-kata

"Takde orang nak hargai diri aku sedangkan aku hargai diri dorang."
"Takde orang yang sayang, ambil berat kat aku"

Instead of saying
"Sepatutnya aku hargai diri aku sendiri dulu, baru orang hargai diri aku"
"Aku tak kisah takde orang sayang, ambil berat pasal aku. I have Allah and I believe in myself."
"When you begin to value youself, other will also. How you treat yourself teaches others how to treat you".


Aku jenis seorang manusia yang suka makan. Kadang-kadang lepas stress study, or lepas having a crisis, I've told myself.
"Its okey honey. You did a great job. Lets go eat." 

Bagi aku, aku termotivasi dengan cara macam ni. Aku tak perlukan orang lain untuk bagitau aku mereka nak belanja aku. The things that can make me happy, is actually on how I treat myself. :')

AND...
  Instax mini palaroid
Hadiah bulan Jun untuk diri sendiri :)

Aku penggemar fotogaphy. Before kamera ni sebenarnya aku dah ada 2 biji instax palaroid. Cuma nasib tak berapa baik jea aku terpaksa jual and alhamdulillah. At last, aku berjaya dapatkan balik. :)
Aku beli, bungkus lawa-lawa. Beli kad siap-siap. Tulis ucapan dan letak atas meja study. Yeah. Its sound crazy and silly for some people. But,..yeah. This is me. -,-

Aku ni manusia. Adatlah hati tersungkur. Adat hidup rebah.
Tapi masa lalu tu kadang-kadang ajar kita yang rupa-rupanya hidup ni bukan semata-mata kebencian,
bukan semata-mata untuk dibazirkan dengan ditangisi. It is more than that. Ambil masa, kenali diri kita dan cintai diri kita. :)
and lastly!
Sentiasa bersangka baik dengan Allah S.W.T. Sebab kekuatan hati, keteguhan sanubari, dan ketegaran jiwa sebenarnya datang dari Dia. Jangan angkuh sangat.

salam sayang *ececehh :p

p/s: dear you, please make him happy. Will ya?

 



No comments:

Post a Comment