Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday 1 June 2014

Perfect Imperfections

Salam alaykum

Aku ada sorang member yang sebaya dah dah kahwin. Memandangkan si kawan aku yang tak minat bola (disyaki berjangkit dengan aku mungkin), dan laki dia kaki bola. So, menurut dia, haritu dia ada plan nak pergi holiday. Tapi memandangkan tiba tiba that day, si laki baru teringat ada match Arsenal lawan mende aku lupa, so laki dia postponekan the holiday. --'

Kamu orang agaklah sendiri macam mana keciknya hati si bini kan. So, dengan perasaan pilu dan sebak, si kawan menceritakan lah kesedihan dan kekecewaan serta bertanyakan pendapat aku. 

'Dia cakap aku tak paham dia. Hanya sebab bola?! Mengarut!' (luah si kawan)

Sebelum aku jawab, lama jugak aku pikir. Supaya jawapan aku takkan buat dia mental breakdown part II tapi sebaliknya buat dia paham yang 'Memang lelaki lumrahnya kebanyakkannya begitulah'. Then aku tarik nafas. Dengan lafaz bismilahirahmanirrahim,
Aku jawab:

Masa dia tengah terkinja kinja syok tengok bola tuu,....

kau cakap
'Abang, saya buatkan abang snek. Meh makan sambil tengok bola sesamaaaaa'

Then kau tengok. Apa reaksi dia. Walaupun dia akan rasa kau buang tebiat, tapi dia akan happy.Seriously. 

Cinta ni, tak semestinya kau punyai chemistry yang mana kau kena suka apa yang dia suka, kau kena cintai apa yang dia cintai. Tapi cinta sebenarnya bila kau sokong apa yang dia suka, kau faham apa yang dia cintai. Give and take.' Simple :)


p/s: aku harap entry ni bantu kau Nad! :) 
p/s/s : aku ada presentation esok, dua test lusa and rabu ada satu test and khamis ada event. *saja bagitau. tahu takde orang kisah pon.
p/s/s/s : Welcome June. Lets have fun. June, Fasting month. Yang mana tak habis ganti lagi puasa tu, silalah ganti ya. *ingatan mesra dari sayaaaaa :*

till then
thanks for reading! nah kiss :*

No comments:

Post a Comment