Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday 25 October 2014

Transformasi urbanisasi seorang Hazwani.

Assalamualaikum!

Salam Maal hijrah semua. :)

Tajuk aku selalu nak gempak pong pang pong pang kan. Well, wattudu. Bab kasi tajuk memang aku failed. Terima jelah aku seadanyaaaa. Aku rasa ni adalah entry kedua aku untuk tahun ni biarpun ni dah masuk bulan Oktober. Oh damn. Blogger yang pemalas rupanya aku Y_Y.

Dulu aku ingat masa mula-mula create blog masa time sekolah menengah. Semua penulisan blog tu bila aku baca balik perasaannnya macam nak hentak lappy ke lantai, nak pergi gigit rumput. HAHA. Sebab dengan ayatnya, dengan ceritanya ntah macam apa. -_-".

Blog dulu more tu skop penceritaan zaman sekolah, kehidupan dengan kawan-kawan, dengan cinta hati. Childish la sikit latar belakang penceritaan tu. Well, seorang Hazwani memang suka bercerita tentang manusia sekeliling yang dia hargai. Nak buat macam mana. So atas sebab sebab yang munasabah yang tak perlu diceritakan di sini, aku buat keputusan untuk mengundurkan diri dari dunia blogging. Aku tak delete blog lama. Tapi aku private kan. Sebab tak sanggup nak padam semua cerita indah dan manis dulu. Bagi aku kenangan semua tu tak perlu dipadam. Cuma mungkin sahaja cukup untuk dijadikan tatapan sendiri. Jadi, untuk langkah yang lebih selamat, aku baca sendiri je. :')

But then, lepas tamat asasi dua tiga bulan lepas tu aku dihantui rasa bosan yang ekstrem. Jadi, dengan lafaz Bismillah, aku create a new blog which is now dah berusia dua tahun empat bulan dan dua minggu. Kali ni blog ni aku createkan medium untuk berbicara dengan lebih matang, berkongsi apa yang perlu sahaja dan InshaAllah, aku akan jadikan ianya juga sebagai medium dakwah even dengan melalui penulisan. Moga dipermudahkan. 


Haritu masa hari raya, I went to visit cikgu kelas kitorang. Sembang punya sembang, cikgu kata aku dengan beberapa orang rakan lagi sangat dirindui oleh beberapa cikgu tingkatan lima yang lain. Katanya susah nak cari student yang nakal tapi still dengar cakap macam kitorang. HAHA. Dah empat tahun pun still nama kitorang masih disebut sebut. Bukan sebab kitorang pandai sangat. Tapi sebab kitorang paling nakal. Nak nak aku. Kalau cikgu suruh pergi potostat, memang aku lah orang pertama yang nak volunteer. Lepas puas tawaf satu sekolah, baru aku masuk. Time tu lagi lima belas minit nak habis masa. haha. Kalau kelas tambahan, aku pergi makan dulu. Agak-agak nak habis masa aku masuk je kelas. Cikgu pun terpaksa redha je. :') *tolong mana-mana adik adik yang terbaca blog ni secara tak sengaja atau terpaksa jangan jadikan apa yang aku buat dulu sebagai rujukan. --"

Lepas dapat result, aku teruskan ke peringkat seterusnya. Foundation in TESL. Aku sebenarnya suka giler kentang dengan English subjects. Tapi time tu aku rasa aku tak mampu nak jadi tenaga pengajar macam yang abah aku harapkan. Tapi, kat sana aku belajar banyak benda. Mana yang akan stay dengan kau sampai bila bila and mana yang perlu kau jauhi. Pokoknya life lesson yang aku kumpul kat sana tersangatlah banyak! Alhamdulillah. Dan kat sana, ada yang masih kekal kat hati aku sampai sekarang dan insyaallah sampai ke mati.


Bab kata seseorang, people left, but memories will remain. :) 
Aku tak dapat teruskan perjuangan ke peringkat ijazah in TESL. Sebab masa tu aku terlalu lemah. Tapi tak apa. Aku terima semua jalan yang dah tertulis which is Allah tak uji dengan sesuatu di luar kemampuan. Jadi aku anggap nak jadi TESL student adalah mungkin diluar kemampuan aku so sebab tu aku diverse dari jadi TESL student kepada Hotel Management student. Dan alhamdulillah aku ambil iktibar dari semua kegagalan dulu untuk aku bangkit jadi manusia yang baik untuk degree. Aku kurangkan mana-mana yang tak patut hadir time belajar which is love matters, and excessive enjoyment. Tak dinafikan benda tu semua susah nak jadikan sebati dengan kita tapi aku tak katakan ianya tak mustahil. Alhamdulillah bila semua tu dah disingkirkan buat sementara waktu, study aku meningkat jauh lebih baik dari waktu asasi dulu. Bukan niat nak membangga. Tapi untuk aku jadikan teladan. Allah dah bagi apa yang terbaik untuk kita sebenarnya. Tapi tulah. Kadang-kadang kita ni susah nak redha. Tapi selalu jugak salahkan takdir 'kalaulah dulu aku...' 'kenapalah aku...' Well, trust me. Tu semua membazir masa sahaja. Ikut flow sahaja. Do your best now, and it might change your future. 

Degree life is superb! Dengan niat aku untuk menghadkan keterujaan hiburan, Allah campakkan aku ke Dungun. Ibaratnya tempat yang terpencil. Hiburan yang ada adalah sekadar pekan kecil untuk beli barang, dan beberapa pantai dan tasik yang cantik. Dulu kalau kat Kuantan memang tiap kali hujung minggu aku pergi tengok wayang, makan makan. Pergh. Sekali duduk kat sini. Hah! Rasain lo! :p Tapi alhamdulillah. Ada juga baiknya. 


Dungun tempat dia sangat cantik. Dan sekarang kalau orang tanya aku 'hows life?' jawapan aku, 'Bizi'. Memandangkan semester ni dah final year, memang kesibukan dan kestresan bermaharajalela. haha. Sebab tu jugak aku jarang sangat update blog. Tapi apa yang aku dapat rumuskan, kalau kau nak lupakan sesuatu yang payah untuk kau lupakan, just get yourself busy with works. Dan kalau kau nak berjaya, kau hadkan apa yang kau sepatutnya hadkan. Semester ni aku cuti sekali je time raya haji haritu. Lepas balik sini, terus sibuk siapkan kerja sampai dua minggu lebih aku tak sempat nak call parents yang dulunya aku call tiap-tiap hari. Bila time buat kerja sampai dua tiga pagi rasa sebak nak nangis bacause you realized how much you really miss them. Dalam masa tu jugak Allah nak uji kesihatan aku. Dua minggu lebih aku demam teruk. Batuk selsema sampai sakit kepala. Even nak senyum rasa sakitnya Ya Allah. Rasa macam nak cabut je kepala. Sebab terlalu sibuk nak kejar dateline, meeting lagi, kena perah otak pikir macam mana nak siapkan kerja. Dalam dua minggu berat badan turun, baju memana yang ketat dulu dah macam baju kelawar. Besar gedabak. haha. Tak sempat pergi klinik walaupun klinik ada dalam UiTM je. Tapi nasib baik ada classmate yang concern pasal kesihatan pergi beli ubat batuk. Memang makan apa yang ada je time tu. 
Dan yang paling sedih, masa tengah sibuk, hanya dapat wasap adik aku sekeping dua je tanya keadaan ma aku yang tak sihat. :'(


So sekarang aku dah 21 tahun. Pengalaman banyak matangkan aku. Masa merubah apa yang patut aku ubah. Especially my akhlaq and behaviour. Kalau dulu benda kecik boleh buat aku terguling guling menangis, sekarang jadi kuat sikit. Kalau dulu pikir semua benda remeh, sekarang tak semua benda yang aku anggap remeh tu tak penting. *aku tak tahu kenapa ayat aku deep sangat harini --"

Yeah. Bosan betul entry kali ni. Aku tahu. Tapi aku kalau boleh nak tulis setiap apa yang berlaku dalam hidup aku dalam blog ni. Bila aku tua, baca balik entry lama. Wah.. haha. Perjalanan hidup aku dah banyak berubah. Dan aku harap pengakhirannya kehidupan kita kat sini, bermulanya kehidupan abadi yang baik. Amin.


Ramai tanya aku sekarang kat mana? Study kat oversea ke? Sebab kebanyakkan gambar yang aku upload kat ig fefeling kat luar negara. Padahal semua gambar tu aku ambil kat Dungun. Banyak sangat port cantik kat sini. haha. 

Till then, Oh ya. Sempena Maal Hijrah ni aku nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki jikalau selama aku berblogging, secara tak langsung ada hati hati yang aku lukakan tanpa sedar. Semua yang baik datang dari Allah dan semua kekurangan datang dari pihak aku sendiri. Terima kasih pada yang sudi baca blog aku sejak wujudnya ia hingga sekarang. Harapnya aku sentiasa ada idea dan tak akan berhenti di tengah jalan. 

Assalamualaikum. 


2 comments:

  1. suka baca blog wani :D. Allah sebenarnye sayang tp kita yg x nampak. Dia letak kt tmpat yg kurang hburan sbb xnak bg kjutan budaya sgt n dia jauhkan org2 yg bawak kita ke arah yg buruk sebb dia nk kita ubah jadi lagi baik :D

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ada yg suka baca jugak blog wani even jarang update. haha. Yup. Well said fatin :)

    ReplyDelete