Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday 29 June 2012

I was being proposed. For only few minutes.-,-

Assalamualaikum.

Tadi kan.. tadi kan..
Aku tidur petang. Lepas jumaat dan masa aku taip entry ni, 
haa.. aku baru bangun ni. -,-
 Aku dilanda demam yang sehebat ombak rindu sekarang.Hidung merah,
air hidung laju je turun macam air terjun gunung everest. Jap.Everest ada air terjun eyh? O,o
 Sila jangan pedulikan hiperbola aku.
Ingat aku nak tidur sampai ke esok je. Tapi, ada seseorang yang menganggu mimpi indah aku bersama abang zizan yang baru nak dating dekat Korea sob sob..Y_Y

29 Jun 2012

Mesej ni kejutkan aku dari lena :'p
Masa  bukak mesej tu, jantung aku berdegup kencang dup dab dup dap
Then, dengan muka lebih kurang macam ni lah aku cari puan emak aku kat dapur.


"ma! kenal tak nombor ni?"

"Tak. Kenapa?"

"Nah. Cuba baca mesej dia"

Mak aku baca. Then, secara tindakan refleks kami pun :


dan puan emak tanya lagi

"siapa? *****? *****? ****?" sambil mula meneka dengan meyebut nama skandal-skandal aku -,-
(Bakal suami, saya serius. Saya takde skandal. Rekod saya bersih :p)

Haha. Aku dengan muka terpisat-pisat, taip mesej. Balas mesej 'saudara' itu :)

*the true story*


Masa aku baca mesej reply dari 'saudara' tersebut,

kikiki. Dia salah send daaaa *gelak sopan* 

So, aku dengan tenang buat rumusan. Mesti lelaki tu tak sabar-sabar nak bagitahu buah hati 
dia bahawasanya dia nak masuk meminang minggu depan sampai tak sempat nak check nombor buah hati dia betul-betul dan dengan penuh keyakinan, dia menekan butang send dengan perasaan lega ibarat melepaskan kentut yang ditahan semenjak semalam :')
So suwett. Moga-moga urusan mereka dipermudahkan.Amin..

heee. AAAAA jelessssss >,<
okei.babai! <3

No comments:

Post a Comment