Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday 31 August 2012

Bicara hati sepi

Assalamualaikum.


Semalam, sedang aku kusyuk baca novel Adam Dan Hawa pemberian adik aku, ada satu mesej masuk.
Mesej yang berbunyi lebih kurang bertanya satu jawapan. Jawapan yang boleh merubah seluruh hidup aku.
Jawapan untuk keseluruhan masa depanku.Cuba dihitung-hitung umurku baru menginjak 19 tahun.
Usia yang aku kira masih cukup mentah untuk membina sebuah kehidupan 'baru'.
Sekali lagi aku gagal memberi jawapan. Sepatutnya aku mengambil kira kesungguhannya selama ini.

Teringat zaman persekolahan.
"Lelaki idaman aku,aku nak yang berjanggut nipis sikit. Tapi yang penting dia mesti beriman sebab aku perlu bimbingan. Baik hati dan sanggup stay di sisi aku time susah mahupun senang."
Yes. Itulah harapan apabila rakan-rakan sebaya sibuk bertanya soal jodoh. Semuanya mahu yang terbaik.
Siapa yang nak memohon keburukan yedak?

Setiap kali teman-teman bertanya kepadaku tentang kehidupan lampau a.k.a masa silam,
aku hanya boleh katakan 
"Soal jodoh sekarang,serahkan pada Allah. Jika Dia berkehendakkan kami bertemu sekali lagi, tiada daya kami untuk menghindarinya. Esok atau lusa, kami tetap akan bertemu. Di bawah kehendak dan rancangan Allah. Jika kami memang berpisah demi kebaikan, aku tak mahu menolak. Dia berubah untuk kebaikan, demi Allah aku tidak mahu menganggu. Tapi aku tetap berdoa yang terbaik sahaja untuk dirinya. Walau di mana dia berada. Dengan siapa dia bersama. Apa jua pekerjaan yang dikerjakannya. Moga sentiasa di bawah lindungan Allah."

Benar. Itu yang ku rasa kini. Tiada langsung pengharapan. 
Setiap hari memujuk hati agar lebih redha dengan rancangan Allah. Sebab aku sedar.
Redha dan ikhlas itu adalah dua perkara yang berlainan. 
Masih redhakah aku jika setiap hari mempersoalkan apa yang terjadi.
Masih ikhlaskah aku jika setiap hari menangisi nasibku.

Teringat kata-kata seorang rakan sekelasku dulu.
"Entah-entah sebab ramai sangat tak suka korang bersama, cakap itu ini. Lebih 40 kali benda tu dah jadi betul. Tengok sekarang. Kau dengan dia."
Tersenyum. Tergelak pun ada. Pantas jawapan ringkas aku beri.
"Tidak. Kami bertemu kerana izin Allah. Kami mengenali satu sama lain juga kerana izin Allah. Dan kami berpisah kerana kehendak Allah. Doa-doa buruk oleh orang-orang lain untuk aku dan dia tiada kena mengena.Sesungguhnya itu hanya alasan."

Bertanya lagi dia padaku "Sayang lagikah kamu terhadapnya?"
Kelat,aku jawab "Aku sayang dia kerana agama yang ada padanya. Afterall, dia memiliki semua ciri-ciri suami idamanku. Walaupun tiada 100% kesempurnaan, dan aku langsung tidak memandang kepada kekurangannya sebab kekurangannya adalah kelebihannya. Begitulah juga sebaliknya.
Bertanya lagi dia "Habis..ikhlaskah kau? Redhakah kau"
Jawapan muktamad, mengakhiri perbualan panjang itu "Sesungguhnya aku masih belajar untuk menerima semua ini."

Aku manusia biasa. Terkadang rebah tersungkur. Air mata peneman diri. Sesungguhnya perpisahan ini tersembunyi seribu hikmah. Hikmah yang membawa aku ke sini. Ke tahap ini. Alhamdulillah.
Tipulah jika sudah tiada sayang. Tiada cinta. Tiada rindu.
Aku hanya manusia biasa. Tapi, mungkin semua elemen itu makin pudar? Mungkin juga.
Allah itu adil. Jika memang tertulis ada jodoh antara kami, InsyaAllah. Kami akan menyatu juga suatu hari nanti. Aku akan dapat apa yang aku berhak dapat. Sebab Allah tu maha Adil. Allah sweet sangat.
Apa yang Dia beri pada kita,percayalah itulah yang terbaik untuk kita. Sama ada kita suka ataupun tidak.

Tidak usah gusar. Kerana pemilik tulang rusuk kita sudah ada di luar sana.
Hanya masa yang akan menentukan bila tiba masa yang sesuai untuk kita bertemu. :')

"Jika awak jodoh saya, jujur. Saya terima dengan hati terbuka"-M.S.B


Aku bersyukur pada haters aku. Sebab diorang aku kuat. 
Diorang buat camtu sebab diorang sangat care pasal aku. :)


Ouh!
Sebelum terlambat, aku nak wish selamat menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-55.
Alhamdulillah. Kita masih selamat. Aman hingga ke hari ini. Alhamdulillah.
*mukaleteh*

Jom baca doa ni :)

-Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini negeri yang aman dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku dari pada menyembah berhala.(Ibrahim:35)

-Ya tuhanku, jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman kepada Allah dan hari kemudian. (Al-Baqarah:126)


p/s: Awak terlalu baik untuk saya F.S :) You deserves for a better. Sorry. Biarlah dia yang terakhir buat masa ini.

No comments:

Post a Comment