Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday 4 August 2012

Adat manusiakah? atau hati sememangnya begitu?

Assalamualaikum

Pagi yang hening selepas bersahur, ada mesej masuk. Seorang hamba Allah menjawab mesej yang sepatutnya dari semalam dijawab. Mungkin sudah tertidur.Mungkin juga tiada kredit. Atau mungkin juga tiada bicara atau jawapan yang sesuai untuk pertanyaan aku. 

"Waalaikumussalam,.. don't know how to say. Mybe he has someone new now"

Hati yang seingatku sudah sembuh, walaupun parutnya masih segar, tiba-tiba dipalu rasa.. entah.
Yang pasti,rasa itu buruk, sakit,. Aku benci perasaan itu. Fikiranku berputar menyinggah kenangan rakan-rakan baik yang mungkin boleh ku katakan,senasib denganku? 

Benarlah kata orang-orang tua, 
"lelaki ni, sebelum dapat kita, manis bicaranya Tuhan saja tahu. Sudah dapat habis madu sepah dibuang. Bukan semua lelaki begitu, tetapi kebanyakkannya begitulah selalu"

Fikir-fikir juga, semuanya benar. Bila hangat bercinta, semuanya indah. Buruk bagaimanapun pasangannya itu, semuanya ditelan. Berbekalkan ayat 'cinta itu buta', mereka meneruskan percintaan yang agung itu. Selepas beberapa tahun,atau ketika menyemai cinta perjalanan yang dikira lancar tiba-tiba diuji dengan ujian hebat yang membadai. Kapal mereka pecah, dilambung ombak mengganas. Tidak bisa diselamatkan, gagal dikemudi. Akhirnya, mereka karam sebelum sampai ke destinasi.

Aku tak mahu berbicara tentang kapal atau apa seperti di atas. Tetapi apa yang aku mahu tekankan di sini, ialah persoalan common yang aku sendiri gagal menemukan jawapannya hingga ke hari ini. Persoalan mengenai, 
'mengapa bila kamu mencintai seseorang itu terlalu dalam, apabila nasib/jodoh tidak berpihak pada kamu berdua yang akhirnya membuat kamu terpisah, terjauh, MENGAPA sekelip mata kamu membencinya?"

Contoh, Amran dan Selina bercinta semenjak di bangku sekolah lagi. Cinta mereka sangat hebat. Apa jua halangan mereka berjaya menanganinya sebaik-baik penyelesaian. Hingga sampai ke ulangtahun hubungan mereka yang ke-5,Selina ditinggalkan atas satu alasan yang dia sendiri tidak tahu. Akhirnya, hubungan mereka putus di tengah jalan. Tapi selepas berpisah, Amran melayan Selina bagai sampah. Amran seolah-olah membenci Selina seolah-olah Selina satu wabak penyakit maut. Persoalannya mengapa begitu? 

Aku perhati keadaan tersebut memang rata-rata pasangan yang berpisah,begitulah keadaannya. Jika dia pernah membuat kamu bahagia satu saat dulu, mengapa dengan mudah kamu menganggapnya sebagai seorang musuh kamu selepas berpisah? Ada yang saling kutuk mengutuk di twitter, di facebook, di blog. Mengapa? Adalah satu keadaan yang aku tak boleh terima. Masa bercinta bukan main melindungi, menjaga hati. Lucu pun ada jugak. Tak kurang yang dapat cari pengganti sekelip mata, tanpa dia hiraukan bekas kekasih yang masih menjaga,memantau,mencintai,merindui dari jauh terluka dengan sikapnya. 

Bagi aku taklah salah apabila berpisah andai hati tidak lagi dapat menyatu. Dan tidaklah salah andai mencari pengganti baru atau mencintai orang lain. Tapi, muhasabah diri kita sedikit. Janganlah kita terlalu taksub dengan cinta kita yang baru, sehingga tidak sedar kita melukai hati orang yang masih mencintai kita, setiap hari. Kalau rasa susah untuk mengambil berat, janganlah pula menambah luka. Tak mudah melupakan seseorang yang beri erti dalam hidup kita. Ingat tu.

Pesan untuk kaum adam,
Wanita ni hatinya rapuh.Jangan dibawa main, jangan dibuat gurauan.
Wanita ni bila dia start mencintai seseorang, sampai bila-bila lah dia begitu.
Wanita ni hatinya lembut. Jangan terlebih ambil berat, sebab mereka akan mudah terjatuh.
Wanita ni walaupun dia kuat, bila dilukai berkali-kali, mereka akan rebah.
Wanita ni mahkluk yang diperlukan kamu.
Jaga mereka, hargai mereka, cintai mereka, kasihi mereka dengan cara yang benar (nikah).
Sekurang-kurangnya hargai mereka selagi mereka masih mampu mencintai kamu.
Bila mereka dah tak berpeluang mencintai kamu, janganlah tercari-cari, menyesal. Sebab dulu kamu tak pernah menghargai mereka.


"Cinta ni, bila sebelum dapat, kita usaha.Dah dapat, kita pegang kuat-kuat. 
Dah pegang kuat-kuat, jangan sampai terlepas. 
Tak nak bagi terlepas, hargainya baik-baik.
Bila hargai, secara automatik, ianya akan kekal. Takkan berubah.Teguh,statik. InsyaAllah."
(Hazwani,2012)

*entry kali ini agak jiwang. This entry is tribute to all my friends yang pernah melalui kesakitan itu :')*

p/s: Tak sabar untuk kembali dicintai dan mencintai. Dengan bakal husband yang sah pastinya :'D

Till then
oh! selamat berpuasa untuk hari yang ke-15 umat Islam.
Penuhi yang wajib, tingkatkan yang sunnah. May peace be upon you. :)



No comments:

Post a Comment