Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, 24 August 2012

one and two and three and four

Assalamualaikum



Pernahkah bibir berbicara tatkala hati sepi. Pernahkah bibir menguntum senyum tatkala hati sakit. Pernahkah bibir berdusta tatkala hati suka. Hidup umpama pentas lakonan. Manusia bertindak umpama pelakonnya. Bicaranya terkadang ada tawa. Senyumnya terkadang ada sepi. Lirikan matanya terkadang ada luka. 




Senyumannya terpalit dusta. Bicaranya tidak jujur. Pentas lakonan tidak seindah seperti yang dipertontonkan. Manusia. Menipu untuk membahagiakan. Membahagiakan siapa? Membahagiakan yang melukakan. Siapa yang memahami ragam hati yang sering berbohong? Hanya Allah yang Maha Esa.





Dia seorang yang mencintai keindahan. Mengimpikan kebahagiaan. Mengharapkan kejujuran dan menyandar pada harapan. Hidup tak selalunya di atas. Dia mengerti setiap yang terjadi sudah tersurat. Redha itu harus. Lemahkah dia andai menangis seorang diri di dalam simbahan hujan yang lebat. Siapa dia untuk menidakkan takdir. Andai itu yang terbaik, senyuman penghapus resah dipalit. Tanpa syakwasangka. Tanpa ragu.




Penonton menonton tanpa mengetahui parah batinnya. Dia tetap tersenyum. Menyembunyikan kebenaran. Siapa yang mengerti? Setiap hari dirinya berperang dengan perasaan. Perasaan yang sukar ditafsir oleh mata hati. Payah difahami oleh ragam manusia. Kisah yang ditinggal jauh di belakang, tidak akan sesekali dia mengharap sesiapa merungkai. Takut melukakan, bimbang menderitakan. Tekad dia tidak akan sesekali membiarkan sesiapa mengalami kesakitan yang sama. Derita persis dia derita. Semoga semua menjadi pelajaran. Kisah itu tidak akan diulanginya lagi.


gambargrapher: Nurhazwani
talents: Rainur,Dira,Yuni,Fatin.
skriprabak:Nur Hazwani.

Till then,.
may peace be upon you

2 comments:

  1. thanks jasz. alhamdulillah. kawan2 i cun-cun semuanya.tu kot yg mencantikkan gmbr :)

    ReplyDelete