Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday 11 August 2012

"Tabahlah wahai hati"

Assalamualaikum

Tinggal seminggu je lebih kurang nak raya.
Tadi, lepas 2 hari tak online, bukak je tab, terus ke dashboard blog.
Tertarik dengan satu entry oleh Prince Of Noob
Entry mengenai seorang ibu tunggal , Puan Alia yang menghidapi penyakit saraf .

Aku pun tak sempat nak baca blog Puan Alia yang juga seorang blogger tu sampai habis. Nanti akhir entry aku kasi link blog beliau. So, kat sini takde kata yang boleh aku katakan kecuali kekaguman aku tentang betapa kuatnya seorang ibu untuk menjaga 3 orang anak beliau yang aku kira masih belum mengerti tentang penderitaan yang dialami oleh ibu mereka. So, mengikut cerita, suaminya menceraikannya dengan talak 3 kerana tidak sanggup menjaganya.*sesiapa yang lebih jelas tentang hal ini, minta tegur jika aku silap.
Okey. Aku bukan apa. Kalau boleh, aku tak nak mempersoalkan tindakan suami dia. Cuma,
bukankah kewajipan seorang suami untuk tetap setia di sisi isteri dia susah mahupun senang?

Bila seluruh Malaysia yang tahu tentang hal ini, aku pasti rata-rata akan mengkondem tindakan tidak wajar bekas suami Puan Alia. Okey. Aku pun tak nak komen banyak-banyak soal ni. Nanti orang cakap 
"wei wani, kau belum kahwin. Kau tau ape? "
So better aku senyap. Aku harap even lepas bercerai bekas suami puan Alia masih teguh membantu puan Alia menjaga anak-anak mereka. Sebab dari gaya aku baca blog dia, MasyaAllah. Allah sahaja tahu persis penderitaan yang dialami. Bila kita sebagai ibu tidak dapat menguruskan anak-anak dengan tangan kita sendiri, I'm pretty sure. Tiada mana-mana pun ibu atas dunia ini yang minta nasib sebegitu rupa menimpa mereka. So,as far as I concern 3 orang anak Puan Alia kini dijaga oleh ibu beliau yang juga sudah uzur.

Bila bercakap tentang sakit, tanggungjawab dan penderitaan, tiada yang boleh exactly memahami selain bersimpati. So aku memohon sesiapa yang sedang membaca blog aku, aku mohon. Doakan kesihatan Puan Alia. Doakan beliau untuk terus teguh bertahan demi anak-anak beliau. Sesungguhnya usia anak-anak beliau masih mentah aku kira untuk menerima kehilangan insan istimewa bernama ibu :'(

"Ya Allah Ya Tuhan kami. Kurniakanlah rezeki yang melimpah ruah kepada mereka,
kasihanilah anak-anak mereka.
Ya Allah, kau sembuhkanlah penyakit yang dihidapi beliau agar dia mampu meneruskan amanahMu untuk menjalankan tanggungjawab terhadap keluarganya.
Kau kuatkanlah dia untuk menghadapi saat-saat sukar dan kesakitan yang dialaminya sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Penyanyang.
Amin Ya Rabbal Alamin"

"JANGAN SESEKALI MERENDAHKAN PENDERITAAN YANG DIALAMI ORANG LAIN KERANA KAMU BELUM TENTU DAPAT MENGHARUNGI UJIAN MEREKA"-wardina Safiah

Dan kadang-kadang kita ingat ujian yang Allah SWT beri pada kitalah yang paling berat. Kita tak tahu ujian orang lain lebih berat daripada kita. So apa pun jua keadaan anda, sentiasa bersyukur dan doakan yang terbaik untuk insan-insan yang tidak bernasib baik di luar sana. Sesungguhnya jika kita bersusah demi orang lain, sebenarnya, ada ganjaran yang hebat Allah nak bagi pada kita. Jadi mengapa anda pilih untuk mengabaikan nasib malang orang lain? Sebab tak mustahil satu hari nanti, bila keadaan pula yang tak menyebelahi kita, Allah nak bagi kita ujian, kita pula berada di tempat golongan yang bernasib malang. Semuanya tak mustahil. Sebab bila Allah berkehendakkan sesuatu, maka terjadilah 'kun fayakun'.

Raya dah dekat, agak-agak berapa orang malang kat luar sana yang even tak dapat sambut raya macam kita saban tahun?
Time berbuka, berapa orang malang kat luar sana yang tak mampu menjamah apa-apa hidangan setiap hari?

Prihatin terhadap orang lain, tak mustahil orang prihatin pada kita balik.
Hormat orang lain, dan orang automatik hormat kita :)
MasyaAllah. Hebat kan? Bantu dan utamakanlah sesama saudara Islam kita. 
Sebab kita tak mahu sesiapa memuji atau mengagungkan kita atas apa kebaikan yang kita lakukan, kecuali kita nak ganjaran Allah SWT.
Aku akui, aku tak berapa baik. Tapi aku nak do something yang boleh bukak hati dan buat orang lain rasa nak buat kebaikan. InsyaAllah.

Bila kita ada duit, kita selalu ingat kita kaya. Tapi Allah itu lagi Maha Kaya.
Bila kita ada pengaruh, kita selalu ingat kita hebat. Tapi Allah itu Maha Hebat.
Bila kita dikurniakan hati yang baik, kita selalu ingat kita mulia. Tapi Allah itu Maha Penyanyang.
No matters what you do, where you are, remember Allah always. That's all you have to do.

Oh, kepada sesiapa yang nak visit blog Puan Alia, untuk lebih memahami dan mengetahui isi hati beliau, ni link blog beliau ALIA HARYANIE

dan sesiapa yang ingin membantu meringankan beban puan Alia, bolehlah beri sumbangan ke:
Maybank Acc No: 164034266923 (Haryani Binti Mat Hussin)
Maybank Acc No: 553104558862 (Akaun bersama dengan Ibunya: Asiah bt Haron)
RHB Acc No: 16213900067447 (Haryani Binti Mat Hussin)

We are great Muslims. And we care about others :")

Tabahlah wahai hati ~
Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
Tangan di atas (yang memberi) itu lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima).

till then,
May peace be upon you :)

No comments:

Post a Comment