Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 28 August 2012

Clash, Ex, and Third party.

Assalamualaikum

Puas makan aku guling-guling depan tv.
Puas guling-guling, aku online.
Puas online, aku makan balik.
Lepas makan balik, aku tidur.
Lepas bangun tidur, aku online balik.
Lepas tu jumpa ni


Lama aku fikirkan idea untuk entry ni. Akhirnya,
okey puan  cik HidayatulHuda, saya update sekarang jugak! :)

**
Sejak akhir-akhir ni kan..
dah jadi trend kot aku boleh cakap kat dunia maya ni.
bila kita clash dengan pakwe kita, selalunya makwe baru dia akan stalk kita.
Yes. Memang ini trend sekarang.
Aku pun tak tahu apa motif sebenar makwe dia wat camtu.
Mungkin nak buat comparison kot.
Atau lebih tepat lagi nak 'scan' personaliti kita.
Nak cari tahu siapa yang mula buat onar sampai boleh clash.
Nak tanya pakwe sendiri, takut makan kaki. -_-

Tapi kan,..stalk stalk lah jugak.
Stalker bijak takpe. Tak tinggal kesan. Yang aku kesian, stalker yang tinggal jejak macam ni 

Bila kita log in facebook, tengok ada 300 notifications.
Siapa tak terkejut yedak?
Feeling-feeling popular kejap. Tapi hampeh bila bukak,
semua notifications semua tu, hanyalah dari stalker terhebat yang tinggal jejak.
-___- . Yang lebih hampeh, semua komen kita,status kita,dan aktiviti kita dia nak 'like'.
Kadang-kadang terasa lah jugak dia  perli.

Tapi, stalker yang tak mengancam takpe.
Yang aku risau, sampai ada tahap yang macam ni

hah! tahap bahaya kalau ada private number yang mesej, call kita
semata-mata nak kasi warning bahawasanya 'jangan ganggu pakwe aku'.
kes di atas kes parah dah.

Tapi at least kes seperti tu mengancam diri kita dan hanya certain people je yang tahu.
Bahaya kalau ada yang salahguna medium laman sosial untuk serang orang macam ni.
Salah lagi kalau bertujuan untuk memalukan pihak lain.
memalukan pihak lain. Nak suruh satu dunia tahu diorang gaduh.
Tindakan sangat tak bijak.

Bagi aku lah kan, sebaik sahaja kita clash dengan seseorang, secara tidak langsung kita dah terkeluar dari hidup peribadi ex kita. Tak kiralah walau kita masih sayang,cinta suka kat ex kita sekalimanapun.
Bila dah clash, we have no right untuk ganggu private life dia. Dan bagi aku, clash is break up and he remains as your ex. Bila dia dah break dengan kita, dan bila dia ada orang lain, kita kena sedar yang kita memang takkan kembali dengan dia unless takdir yang tertulis 'kita dijodohkan bersama'.

Dan bila kita sedar, kita nak move on. Seriously for our own sake, kita tak mahu awek baru dia atau skandal atau sesiapa yang ada hati kat dia ganggu kita. Apalagi nak menyoal kita tentang hubungan lama kita dengan ex kita tu. Jadi untuk menjaga hati diri sendiri, kita putuskan tak nak layan awek tu. Just senyap. Dengan harapan dia berhenti ganggu kita. Later, she will give up. Dan dia sedar, tak guna dia buat kita macam tu.

Bagi aku, mana-mana gf yang sibuk duk kejar bekas kekasih bf dia are not 100% percaya kat bf dia.
I mean, kalau dia benar-benar cinta dekat bf dia, dia akan percayakan bf dia. Kan?
Buat apa menganggu masa lalu sedangkan masa depan kita menanti?
Cinta ialah tentang kepercayaan.
Hilang kepercayaan, runtuhlah kebahagiaan. :)

"Boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal sesuatu itu sangat buruk bagimu,dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal sesuatu itu sangat baik bagimu. Kamu tidak mengetahui sedangkan Allah yang Maha Mengetahui"
(QS. 2:216)

P/S: kadang-kadang, Allah hantar seseorang ke dalam hidup kita hanya kerana 2 sebab.
Pertama, untuk merubah kita ke arah kebaikan atau keburukan.
Kedua, untuk menjadikan pengajaran agar kita kuat.
Apa pun alasannya, orang yang pernah hadir dalam hidup kita, kita harus berterima kasih pada Allah.
Sebab Allah ialah sehebat-hebat perancang. :')

to sum things up:
for the moment of break up : membuat kita sedar. Sekuat mana kita merancang dan setia, jalan cerita cinta sebenarnya di tangan Allah. Takde siapa boleh ubah

p/s: kes pertama, stalker yang macam tu comel :'D


till then,
maaf zahir batin andai terkasar bicara,terguris perasaan.
thanks for reading! ^^

Tiada pengharapan dari kamu. Hanya pengharapan dari Allah. Moga Dia menjagamu selalu.

2 comments:

  1. lawaklah stalker cam tu sebenarnya.. tp comel lukisan tu... lawak n sangat realistik.. =D

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete