Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 8 August 2012

Setelah setahun. . .

Assalamualaikum.

Pagi tadi kan, incik posmen bukan main awal pagi lagi masuk kampung aku.
Semata-mata nak bagi amanah ni :')


Fikir-fikir balik, dah lama aku tak dapat kad raya Y_Y serius!
Kalau tahun lepas,aku dapat kad raya dari besties aku, Dila. Terus langsung dari tangan.
Tapi tahun ni, disebabkan kitorang ex-ex student Tesl sekalian telah berpisah dari kampus dan automatik berpisah dari kehidupan ohsem kitorang, chances aku nak dapat kad raya lagi, amat tipis. -_-

Tapi, disebabkan assistant class monitor kitorang, herny syazlin seorang yang gigih dan baik hati,
beberapa bulan sebelum puasa lagi sibuk menggigihkan diri bertanya alamat kitorang satu kelas.
So, disebabkan beliau jugalah nasib insan-insan yang kesepian kerana terlalu lama tidak mendapat kad raya, tercapai. Tidak kira bangsa,usia, umur dan negara. Semua dapat. :')

:') thanks eny

Dan di kesempatan ini, wani nak balas kad raya eny dengan yang ini : 
Kad raya extra biggg :D

Dan di kesempatan ini juga wani nak ucap selamat hari raya kat eny. Eny ialah kawan yang baik so mustahil amat untuk wani lupakan. Bila wani sakit, eny yang kelam kabut. Best sangat time tu. Sebab even duduk jauh dari family, tak rasa kesepian tu. Sebab adanya sahabat macam eny. Wani nak mintak maaf banyak-banyak kat eny kalau-kalau selama kita kenal, wani ada terguris perasaan eny. Eny sahabat yang susah wani nak dengar mengeluh. Selagi kaki eny tu boleh jalan, selagi mulut eny boleh berbicara, maka selagi itu eny tak berhenti cakap dan care about the others. Terima kasih eny. Terima kasih banyak-banyak. Kad raya eny wani simpan dalam tempat khas. Kenangan bersama eny wani simpan kemas dalam kotak memori.Insyaallah. Even kita dah tak selalu bersama dah pasni, wani harap persahabatan kita kekal sampai bila-bila.
Sekali lagi, selamat hari raya aidilfitri eny,.. maaf zahir dan batin :')

kalau eny baca ni, let me know k? :')
till then.

3 comments:

  1. "Selagi kaki eny tu boleh jalan, selagi mulut eny boleh berbicara, maka selagi itu eny tak berhenti cakap dan care about the others. Terima kasih eny."
    anda berjaya buat sy amat amat amat terharu. eny tau la eny meme kecek banyok :P I love you forever wani.hope tak lost contact okey :')

    ReplyDelete
  2. Aku x dpt2 lg ni, risau x sampai je
    Kalo sampai pun, risau parent suke2 hati je buke. Parent aku bukan jenis yg tau anak2 diorg pun ade privacy gak...

    ReplyDelete
  3. eny: huhu. lebiuw more eny,.. insyaallah. :')


    dato: parents kau syak awek kau hntar kot :p

    ReplyDelete