Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 4 July 2012

cerpen: WE BOTH REALIZED THAT TRUE LOVE NOT NESSARY UNITE

Assalamualaikum
Good morning peeps.
Now it is 2.09 a.m

Entah kenapa mata takleh lelap lagi. Puas dipujuk. Degil :3
So, buat keputusan nak update blog.
Tengah survey-survey facebook tadi. Baru perasan banyaknya orang putus chenta. huuuu
*wani cakap dengan cermin weii* -,-

Okey. Malam-malam cenggini macam best je kalau buat cerita. :p
Okey. Here it goes.

SALLY DAN KASIM : 'WE BOTH REALIZED THAT TRUE LOVE NOT NESSARY UNITE'

Awak, hari ni genaplah dua tahun kita bersama. Sepatutnya hari ni annivesary kita sambut berdua. Tapi tahun ni, hanya saya sorang je sambut. Pastinya dengan air mata sebagai peneman. Saya tahu awak takkan kembali lagi pada saya walau saya merayu macam pengemis pun, saya sure punyalah awak takkan endahkan saya lagi. Nak tengok saya dengan sebelah mata pun awak tak mahu. Apalagi mendengar penjelasan saya kan?

Awak, ingat tak lagi waktu awak minta couple dengan saya? Waktu tu bahagianya Allah saja tahu awak.
Tapi, ternyata setelah dua bulan kita bercinta, saya sedar. Awak belum mencintai saya sepenuhnya. Dalam diam awak masih berharap bahawa kekasih lama awak kembali pada awak. Saya sedar, kehadiran saya waktu itu hanyalah menambahkan rasa bersalah awak. Saya tak mahu awak rasa macam tu. Sebab saya betul sayangkan awak. Saya putuskan hubungan kita.Agar awak boleh terus mengharap pada ex awak tanpa menghiraukan perasaan bersalah awak pada saya. Awak,saya redha. Saya ikhlas :')

Awak, setelah tiga bulan kita menjauh, akhirnya awak sedar bahawa sayalah cinta sejati awak.Awak berusaha dapatkan saya. Melihat kesungguhan awak, saya terharu. Hati saya ni cepat sangat cair. Maaf. Masa tu saya jatuh cinta dengan awak sekali lagi. Lepas bacaan Yasin dekat sekolah yang mana tiap-tiap pagi Isnin sekolah kita buat, awak datang kat saya dah kemudian awak cakap 'awak, you are mine now' .Awak senyum bahagia. Awak, bahagia lagi hati saya waktu tu tau. :') Saya harap kita akan kekal.

Awak, percintaan yang kita lalui bersama makin hari makin mekar. Ujian mendatang, ombak membadai, duri menghalang kita lalui dengan baik. Bersama-sama :)
Yeah. Saya hargai semua pengorbanan awak pada saya. Kemudian waktu saya diterima ke IPTA, awaklah orang yang paling bangga dengan saya. Awak menjadi pendorong saya. Tiap saat. Tiap ketika. Susah mahupun senang. Suka mahupun duka. Terima kasih awak.

Awak, genap setahun setengah percintaan kita, akhirnya kita sedar bahawa jalan yang kita lalui sudah rapuh.
Titian yang kita jalani makin longgar. Perahu yang kita bina bersama punah, dimamah ombak mengganas.Akhirnya, cinta kita, mahligai kita, musnah sebelum sampai ke destinasi. Untuk menyatu :(
Sejak dari hari itu, hubungan kita bukan lagi sebagai pasangan kekasih, bukan jua sebagai bestfriend. Kita hanyalah orang yang saling mengenali.

Awak, kenapa awak layan saya dengan dingin?
Hingga terkadang, saya merasakan awak makin membenci saya.
Tapi saya tak kisah. Saya cintakan awak.
Biarpun awak jauh, saya akan tetap menjaga awak. Itu janji saya. Ingat lagi tak?
Saat awak sakit, saya berkejar mendapatkan ubat. Saya lakukan apa yang terdaya agar memastikan bahawa awak tidak mengetahui sayalah insan yang mengirimkan ubat saban waktu.

Awak, saat awak sedang berduka,tidak berselera makan,saya berkejar ke restoran fast food kegemaran awak.
Duit habis, tenaga dikerahkan sepenuhnya untuk memastikan awak dapat kembali makan. Biarpun ketika itu sehari suntuk saya tidak menjamah apa-apa, kerana merisaukan awak. Tetapi, malangnya. Saya tidak mendapat apa yang sewajarnya saya dapat. Awak langsung tak hargai segala pengorbanan saya. Susah payah saya, perit jerit saya. Awak bahagia dalam dunia awak. Dunia yang pastinya tidak wujudnya saya.

Saya sedar, walau sekeras manapun usaha saya
walau seperih manapun saya lakukan untuk membahagiakan awak, 
bila sudah tiada cinta dalam hati awak,
itu sudah memadai untuk awak melukakan saya. Sewenangnya. Tidak peduli.
Awak tahu saya masih mencintai awak.
Tetapi dengan bangganya awak memberitahu dunia bahawa awak bahagia tanpa saya.
Dengan gembiranya awak memberitahu sesuatu yang saya sendiri sampai ke hari ini, takut untuk menyatakan.

Awak, biarpun saya tidak mengambil tahu tentang diri awak lagi,
saya selalu stalk facebook awak, jenguk twitter awak dan membaca blog awak.

"When i miss you, i go to your page, then i regret it because of what I see"

ada ke takde saya awak happy je :(

Maafkan saya. Selalu je air mata ni gugur. Selalu je hati ni meronta kesakitan.

saya dah tak boleh nak tough. 

Awak, jodoh itu rahsia Allah kan?
Tak kira walau sekuat mana kita berpegang
walau sedaya mana kita setia
kalau bukan nama awak yang tertulis di Luh Mahfuz, tiada jua.
Awak, awak segalanya bagi saya. 
saya tak pernah membenci awak. Sebab kalau bukan kerana awak, saya takkan dapat pengajaran beharga ni :')
Kalau bukan kerana awak, saya takkan jadi kuat untuk berhadapan ujian ni
terima kasih awak. 
I learn one thing that true love not nessary unite.


=THE END=

p/s: lelaki di luar sana, jika sudah tiada cinta, putuskan gadis itu dengan baik.Jika benar tidak mampu untuk mengambil berat, usah tambahkan kelukaannya. Dia manusia biasa,yang masih mencintaimu. Fikirkanlah perasaan dia. 

p/s: mood mengantuk daaa datang. Penat otak perah idea. Cerita ni hanya rekaan semata. Tidak ada kena mengena dengan penulis. :D
till then, katil dah melambai
babai <3

No comments:

Post a Comment