Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 4 July 2012

Indahnya Nisfu Syaaban

Assalamualaikum.
Salam nisfu syabaan to my lovely readers :)


Dalam Raudatul Ulamak dan diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Tahukah kamu mengapa bulan ini dinamakan Syabaan? Para sahabat menjawab:Allah dan rasulnya mengetahui. Baginda bersabda: Ianya dinamakan demikian kerana bercabang-cabang dan banyak kebaikan padanya.

Aku log in facebook siang tadi. Dalam hati tersenyum. Syukur. Masih ramai anak muda yang concern tentang hadirnya malam nisfu syabaan. Segala amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. So, semoga kita semua tidak mensia-siakan peluang ini untuk mensucikan diri kita. Entah tahun depan masih sempat ke tidak kita menyambut malam indah sebegini :'(.

Perbanyakkanlah selawat ke atas nabi, dan beribadah. Bacalah surah yasin sebanyak 3 kali.Tiap-tiap satu kali bacaan Yasin, dibaca satu kali doa.

-Bacaan pertama yang meminta dipanjangkan umur. 
-Bacaan kedua dengan niat menolak bala.
-Bacaan ketiga dengan niat terkaya dari manusia.

Tahun lepas, seorang hamba Allah keeps remind me about the coming Nisfu Syabaan.
I've got 3 messages.

"Awak, malam ni Nisfu Syabaan. Saja nak ingatkan awak biarpun awak dah tahu.Lepas Maghrib ni, baca yasin 3x tau. InsyaAllah, kalau ada jodoh, kita akan sambut Nisfu Syabaan dan segala bulan Islam yang indah bersama satu hari nanti. "

3 mesej yang sama pada setiap setengah jam. :)
Alhamdulillah. Terima kasih awak. Kerana ingatkan saya.
InsyaAllah akan perbaiki diri ini. Terlalu banyak kekurangan lagi. 
Semoga kita semua dirahmati dan diredhai Allah SWT. Amin.

Oh. Baca doa ni yer :)

Bismilahirahmanirrahim..

Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

Dengan ini, saya mengambil kesempatan untuk menyusun jari memohon kemaafan andai selama ini tersalah bicara. Terkasar bahasa. Andai saya salah, tegurlah. Untuk kawan-kawan, family dan semua yang mengenali saya. Tidak kira secara face to face mahupun secara alam maya. Semoga kita mendapat keredhaan Allah dan semoga kita menjadi yang lebih baik dari semalam. :')

Till then,.
Thanks for reading 

No comments:

Post a Comment