Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 21 July 2012

Ramadhan 2012

Assalamualaikum

Ramadhan 2011
lokasi: dalam bilik
waktu: 3 pagi

"wani, bangun wani. Dah sahur ni. Kita takde makanan pun nak sahur. Tapi aku ada roti. Kita makan roti dengan milo panas jelah eyh? Lagi satu. Semalam masa berbuka, aku ada beli ayam. Makan jelah dengan sos. Kau makan megi je wani? Bahaya tau. Asyik makan megi sepanjang puasa ni. Kau dahlah tak sihat. Nanti jadi apa-apa kat kau. Haa. Macam mana?"

Ramadhan 2012
lokasi: home sweet home
waktu: 4 pagi

"Dik, bangun dik. Sahur. Pegy kejut abang bangun makan. Ma masak sup sayur feveret adik, ayam pedas. Bangun cepat. Nanti terlepas sahur kang."

*****

Ramadhan tahun ni aku kat rumah. Alhamdulillah. :)
Tahun lepas aku sambut dekat hostel. Dua tiga hari nak raya baru balik.
Tapi, walaupun dalam sedih sedih tak dapat puasa kat rumah, banyak nostalgianya untuk aku.
Being a apart of teslians. Kadang-kadang bersahur lewat tengah malam, lepas study, terus sahur. Takut lepas tidur, memang dah tak terbangun sampai subuh.
Lepas tu pergi kelas muka sorang-sorang dah monyok macam tikus mondok.

Tapi, satu yang bestnya about teslians. Kami satu family kat sana.
Seorang akan bangun, lepas tu akan kejut satu floor bangun sahur.
Berbuka puasa yang best. Makan dekat luar, the whole class joined. Sangat best.

Ouh. Aku rindu suasana Ramadhan di bumi Kuantan. :'(
Aku rindu Ramadhan 2011.
Alhamdulillah,.. masih diberi kesempatan menyambut Ramadhan 2012.
Siapa tahu Ramadhan ini mungkin yang terakhir untuk aku. Waallhualam.
So, why not kita gandakan pahala, ibadah bulan ni.
Jika ini Ramadhan terakhir buat aku, tolong maafkan segala salah dan silap aku.

Selamat menyambut Ramadhan 2012. A new beginning to a new life. InsyaAllah .

p/s: Buat dik Mirin, I don't know what exactly happen to you. But I bet it is something bad. Or, in other words, it is something worst and hurt. Maybe? But I tell you what, please trust Allah. When He did something to you, so it is the best for you. Sometimes, we don't get what we want. But, He gives what we need. So whatever happen to you, believe me. Everything happen for a reason right? You know what, I'm used to feel that pain. That loss. If you need anything or someone, please refer to wawan. Kawan, akan selalu bantu membantu antara satu sama lain kan? :) . Senyumlah walaupun pahit. InsyaAllah, satu hari Allah akan tukar kepahitan itu dengan kemanisan. Don't be sad. Chaiyok2! Kata tough,kata hensem, kata cool. Please act like one. I know you can do it. Hope this will help. Goodluck dik miyem. I'll pray for your happiness. Happy fasting! :D

till then,
thanks for reading

2 comments:

  1. Selamat bersahur, berpuasa dan berbuka dalam bulan Ramadhan yang ke19... insyaAllah :)

    ReplyDelete