Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday 16 July 2012

Alhamdulillah, :')

Assalamualaikum

Dulu, masa kecik-kecik. Puan mama suruh aku pakai tudung pergi sekolah.
Masa tu aku fikir leceh la. Kenapa Mei Ling tak perlu pakai tudung pergi sekolah?
Lepas tu, biasalah, dah kekecik tudung pakai,tapi sekadar pakai jelah kan.
Aurat tak tutup dengan sempurna pun.

Lepas tu, masuk standard 3, perasaan malu tu dah timbul.
Malu kalau tak nak pakai tudung, nanti bebudak laki tengok rambut.
Diorang kacau. Hina dan sebagainya.*otak budak -_-

Sekarang dah meningkat dewasa, makin faham. Makin berubah 
Baru lah faham. Kenapa puan mama dan incik abah beria terapkan ilmu 'MALU' dan makin faham erti 'MARUAH'. Yang harus dijaga. Harus dipertahan. Sekeras-kerasnya. Barulah wanita itu dipandang mulia. Di sisi Allah dan di sisi masyarakat pastinya.

Well, I can say
"alhamdulillah. I am the choosen one born in Islam"
Because, Islam is the way of life. 

Dulu masa gelombang cerita Korea menghempap negara.
Kemunculan hero-hero hensem seperti Kwon sang woo, rain bi dan seumpamanya menggugat kegatalan.-_-
Aku ingat masa tengok citer apa entah. Lupa.
Hero mintak hidangan kaki vavi -_-
Aku pun tertanya. Agak-agak diorang kalau melancong kat negara lain, langsung tak risau bab nak makan.
Tak macam Muslim. Mencari yang halal itu wajib. Sepupu aku yang belajar kat Russia cakap halal food is very hard to get. You have to be choosy bab makanan. *serius kesian.
Lepas tu, bila dah dewasa, makin faham. Semua tegahan Allah tu ada hikmahnya. Macam tak boleh makan daging vavi sebab dalam badan vavi tu ada sejenis kuman yang even dimasak pun takkan mampus. Okey. That is scaryyy.. 

sebab, berjuta no-muslim kat luar sana yang berminat dengan ajaran Islam, masih tercari-cari hidayah Allah.
Tapi, aku tak perlu. Lahir dalam rahim seorang wanita dan keturunan Islam. Alhamdulillah :)

Lepas tu, sekarang muncul bab fesyen. Ada sesetengah yang jadi mangsa fesyen.
Sebab fesyen, ramai yang lupa dasar. Serius. Aku sedih.
Bila tengok seseorang yang manis bertudung, tetapi sekarang aurat terdedah kerana fesyen.
Bagi aku, langsung tak salah nak berfesyen. Even sepelik manapun korang nak berfesyen -,-
Asalkan, aurat kita tutup. Bayangkan eyh. Perempuan yang bergaya tetapi at the same time, bijak menjaga maruah dan auratnya. Subhanaallah.Sangat cantik. Sebab,Islam tidak menghalang penganutnya berfesyen mengikut kesesuaian zaman tetapi, pandai-pandailah kita bijak berfesyen kan :)

Dulu, aku pernah la sedih sebab doa aku tak dimakbulkan Allah.
Aku minta itu Dia tak kabulkan. Minta ini pun tidak dikabulkan.
Tapi, dalam kekhilafan aku, aku sedar. Allah dah banyak bagi aku perkara. But, I don't even thanks to Him for the nikmats. *plural okey. haa :D
Then aku sedar. Allah tak bagi apa yang kita NAK. Tapi dia bagi kita apa yang kita PERLU.

Masa sempit, pernah berdoa. 
Ya Allah, kau berilah aku kekayaan yang amat.
Tapi masa tu tak sedar
Allah dah bagi aku akal fikiran, tubuh badan yang sihat untuk aku usaha.
Ouh. Malu malu. Tu pun aku tak sedar apalagi nak berterima kasih.

Aku pernah,
Bangun pagi lupa nak ucap'alhamdulillah'
Allah bagi dua bijik mata besar lupa nak ucap 'alhamdulillah'
Allah bagi wajah yang cantik(tak cacat) pun lupa nak ucap 'alhamdulillah'
Allah beri nasib baik dari orang yang malang, lupa nak ucap 'alhamdulillah'
Allah bagi keluarga yang baik, kawan-kawan yang supportive lupa nak ucap 'alhamdulillah'
Allah beri izin, dilahirkan dalam islam, lupa nak ucap 'alhamdulillah'
Allah bagi masa untuk betulkan silap, lupa lagi ucap 'alhamdulillah'
Allah bagi kekayaan,kepandaian lupaaa nak ucap 'alhamdulillah'

Ya Allah. Khilafnya aku :'(
Malu nak minta apa-apa dah dengan Allah. 

Tapi, tak terlambat untuk berubah kan.
Sebenarnya, satu nikmat bila Allah sedarkan kita dengan apa dosa-dosa silam. ALHAMDULILLAH :)
InsyaAllah, jum struggle betulkan diri sendiri. Just for reminder. For me especially :)

p/s: aku pernah khilaf. Aku nak berubah. Ya Allah, guide me all the way to your jannah.
Please don't let me go astray. Stay by my side. Cause I need you, forever and ever.

till then,
thanks for reading
yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari diri aku sendiri.
Nyte peeps :)


2 comments: